Author's Note: Finally, I'm back~ Terima kasih setia menunggu!(*´▽'*)
Lelaki itu menapak masuk ke dalam mahligai kediaman Demon Lord Kalka dengan wajah yang begitu dingin. Satu tubuhnya menghembuskan aura membunuh yang menggetarkan hati makhluk di sekeliling.
Dia berhenti betul-betul di hadapan seorang lelaki bermata hijau zamrud yang sedang santai berehat di singgahsananya sambil menikmati minuman.
"Mana Asmeralda?" Soal lelaki berwajah dingin itu dengan getar suara yang ditahan. Urat-urat hijau timbul pada dahi dan penumbuknnya yang digenggam ketat.
"Mana isteri aku?!" Soalnya keras.
Kalka, lelaki yang sedang bersemayam di atas singgahsananya itu langsung tidak terusik dengan kemarahan anaknya.
"Dia dah mati." Jawabnya mudah.
Mata lelaki yang berdiri di hadapannya itu terbeliak. "...Apa kau kata?" Urat timbul pada tepi lehernya menahan kemarahan.
Kalka meletakkan gelas di tangannya ke atas dulang di tepi singgahsana. Dia mencondongkan badannya ke hadapan, lengan menongkat di peha.
"Aku kata, manusia tu dah mati, Sherwin." Tuturnya sepatah-sepatah.
Kenyataan itu bagaikan petir yang menyambar hati Sherwin, membuatkan dunianya terasa gelap.
"Kau... Kau bunuh dia?!" Sherwin terus mara ke hadapan dengan amukan yang menggila. Pada tapak tangannya, satu garis luka terbuka, mengalirkan darah.
"Ya, aku yang bunuh dia. Manusia tu cuma akan melemahkan kau." Kalka langsung tidak berganjak dari tempat duduknya.
"Bangsat!!!" Mendengar ayahnya berkata tanpa rasa bersalah langsung, Sherwin terus menerkam ke arah Demon Lord itu dengan mata yang merah.
"Aku bunuh kau!!!"
Namun, belum sempat tangannya menyentuh Kalka, satu lohong merah pekat terbuka betul-betul di atas kepalanya. Darah menitik keluar dari lohong yang cuma sebesar tapak tangan itu, menitik ke wajahnya sebelum hilang meresap ke dalam kulit.
Mata Sherwin terbuntang apabila pandangannya tiba-tiba terasa berbinar dan satu tubuhnya longlai, terlutut ke lantai.
Kalka tersenyum sinis.
"Kau? Nak bunuh aku? Dalam keadaan kau sekarang, Sherwin, kau tak akan mampu bunuh aku." Ujar Kalka.
"Tidak selagi kau belum mampu aktifkan keupayaan Unlimited Blood kau dan jadi Demon Lord."
Kalka bangkit dari duduknya, menapak selangkah demi selangkah sehingga dia berdiri di hadapan Sherwin yang cuma mampu terlutut lemah merenungnya penuh benci.
"Kau tengok, Sherwin, di hadapan Demon Lord, Demon biasa bagaikan semut saja yang bila-bila masa boleh mati dipijak. Dan aku tak akan biarkan anak aku jadi semut semata-mata!" Kali ini nada Kalka keras.
"Demon bloodline Falkon dianggap sebagai Demon paling lemah. Kita ada kuasa darah yang sangat menakutkan, yang boleh membunuh siapa-siapa sahaja sekelip mata, tapi kuasa kita tak berguna kalau kita tak mampu sentuh lawan! Itu kelemahan terbesar kuasa bloodline Falkon. Kita tak mampu membuat serangan dari jarak jauh! Kerana itu, bloodline kita jadi bloodline paling lemah!" Kalka mendengus kasar apabila menyatakan fakta tersebut.
Kalka mengangkat kakinya, memijak bahu Sherwin sampai lelaki itu tersembam sujud ke lantai. "Tanpa portal Unlimited blood, bloodline Falkon tak akan mampu bunuh sesiapa. Kau sendiri nampak betapa lemahnya kau bila berhadapan dengan aku kan? Kau tak boleh nak bunuh aku kalau kau tak hampiri aku. Tapi aku, Demon Lord, sekelip mata saja boleh bunuh kau."
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...