"Hey Hakk, kami tak setuju kau tunduk kepada budak tu! Dia cuma budak berdarah manusia yang lemah, macam mana dia boleh jadi emperor beast tiba-tiba?!" Seorang Elder Phoenix bersuara lantang.Suasana dalam bilik persidangan ahli tertinggi clan Phoenix itu hangat.
"Betul! Kau jangan lupa apa yang budak tu dah buat pada clan kita. Berapa banyak ahli clan kita yang dia dah bunuh!" Seorang lagi Elder bersuara.
"Dia mungkin anak emperor, tapi belum tentu lagi dia layak menjadi emperor. Budak lemah macam tu, mustahil kami boleh berkhidmat di bawah dia!"
"Betul! Lagipun dia tercemar dengan darah manusia! Mana mungkin kita boleh terima beast yang ada darah manusia menjadi emperor!"
Satu demi satu elder phoenix menyuarakan bantahan mereka. Tidak ada yang menyokong penundukan clan Phoenix terhadap emperor beast yang baru.
Hakk memerhatikan sahaja elder-elder tersebut menghabiskan air liur berteriak membantah tanpa riak di wajah.
Namun dalam hatinya mengejek.Orang-orang tua ni, mereka belum pernah tengok lagi kekuatan Haraki selepas dia menjadi emperor, sebab tu mereka berani bercakap besar.
"Betul, ayah! Haraki mungkin kuat, tapi mustahil dia boleh kalahkan satu clan kita beramai-ramai. Kalau kita bergabung dengan clan lain lagi lah. Lagipun ayah pun dah semakin kuat sekarang." Guy turut bersuara.
Majlis tertinggi clan phoenix bukan sahaja terdiri daripada elder-elder phoenix, tetapi juga pahlawan-pahlawan terkuat clan phoenix yang terdiri daripada anak-anak muda.
Mata Hakk jatuh pada Guy. Ini lagi seorang... Kenapalah anaknya ini begitu bodoh.
Anak sulungnya, Levi di sisi Guy pula dari tadi tidak bersuara apa.
"Ya, kalau kita berkerjasama dengan clan basilisk, tak mustahil kita boleh bunuh budak tu dan kemudian dapatkan balik Ryukan! Dia bukannya ku-"
"Ohhh? Nak bunuh aku?"
Satu suara mencelah perdebatan hangat mereka.
Semua yang ada terus menjadi bisu dan serentak menoleh ke arah suara tersebut.
"Yo-" Haraki yang sedang santai bersandar di pintu masuk bilik persidangan itu tersenyum dingin.
"Ma-macam mana kau boleh masuk?!" Elder-elder yang ada bukan main terkejut
Mahligai utama clan phoenix dan juga bilik persidangan ini dikawal sangat rapi oleh pahlawan-pahlawan phoenix!
Haraki tersenyum tidak menjawab. Dia menceroboh masuk dengan mudah sebenarnya. Dia cuma menggunakan kuasa snow petal milik Snow.
"Huh, Haraki, kau memang menempah maut. Alang-alang kau dah ada di sini, jangan harap kau boleh keluar dari bilik ini dalam keadaan bernyawa!"
Elder-elder yang ada tanpa menunggu terus melancarkan serangan hembusan api yang dilepaskan laju ke arah Haraki.
Haraki dengan tenang menghembus perlahan sacred fire phoenix dari mulutnya yang kemudiannya menjadi seekor phoenix api yang sangat besar, yang menyedut kesemua hembusan api yang menyerang Haraki.
"Ieeeekkkkkkkkk!!!" Phoenix api itu memekik bangga kemudian mengecut sedikit saiznya dan hinggap di bahu Haraki.
Dua orang pahlawan muda clan phoenix yang ada melompat menyerang Haraki dari sisi kirinya dengan tumbukan berapi.
Haraki menghentak lembut tapak kaki kirinya ke tanah sekali, dan terus naik tinggi benteng tanah ampuh yang menghentikan kemaraan mereka.
Ini kuasa earth master milik pure breed silver snake.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...