WOOOSHHH!!
Ombak beralun tinggi, menjulang Haydem ke atas.
Lelaki itu melompat dari posisinya, dan mendarat dengan bergaya di atas deck kapal.
“Selamat bertemu, Tuanku. Nama aku Haydem, keturunan Underwater Lord.”
Haydem berlutut penuh hormat di hadapan Haraki dan menuturkan penuh serius.Namun tidak sampai sesaat kemudian, wajah seriusnya hilang.
“Ahh, panas! Panas! Ahhhh~ kenapa matahari ni selalu terik sangat??”
Haydem mengipas-ngipas wajahnya kepananasan.
“Tuanku, boleh kita tukar tempat berbincang di ruang bawah kapal?” Dia memandang Haraki penuh mengharap sambil tangan masih mengipas wajah.
Haraki, “………… Okay.”
Mereka berjalan beriringan, menuju ke ruang bawah kapal. Apabila melepasi bilik yang menempatkan Nan Hen yang terkuak buka pintunya, langkah kaki Haydem terhenti seketika.
“Ohh, puteri beradu~”
Haydem berkomentar penuh minat.Haraki tanpa sepatah kata menutup pintu bilik tersebut.
Haydem tersengih-sengih. Dia mengekori langkah Haraki ke bahagian dapur kapal itu.
“Kau memang selalu tinggal di sini?” Haraki menyoal sebaik sahaja mereka mengambil tempat duduk masing-masing.
“Oh tak, Tuanku. Aku selalu berpindah randah mengikut cuaca. Sebelum ini, aku tinggal di Laut Zoran. Tapi suhu di laut tu semakin panas, jadi aku berpindah ke sini pula.” Terang Haydem.
“Hey, beast level Celestial. Bagi aku secawan air teh ais ya.”
Sempat lagi dia memesan kepada Lao yang berdiri mendengar di sisi.Lao, “………………”
Okay, Lao.. Bawa banyak-banyak bersabar.
Lao menarik nafas dalam-dalam sebelum pergi menyediakan air untuk Underwater Lord itu.
“Dah berapa lama kau tinggal di sini?” Haraki menyoal lagi.
“Urmmmm.. Dalam dua ke tiga hari.” Jawab Haydem jujur.
“Kau tak perasan apa-apa keanehan pada beast yang tinggal di laut Astral?” Soal Haraki.
“Oh ya, bila Tuanku cakap, baru aku perasan. Beast-beast laut di sini semua ganas-ganas belaka dan tak boleh dibawa berbincang langsung! Hari pertama aku datang, mereka semua terus serang aku! Humph, nasib buruklah mereka sebab aku ni kuat!” Haydem berceloteh panjang lebar.
“Mereka terkena wabak yang berasal dari darah Demon. Sebab itu mereka jadi begitu. Kau perasan kan mata mereka warna merah darah.” Terang Haraki.
Snap!
Haydem memetik jarinya teruja. “Betullah, Tuanku! Jadi macam mana nak selesaikan wabak ni?”
Dia menghirup air teh ais yang baru dihidangkan Lao.
“Aku dah ada idea macam mana untuk selesaikan wabak ini. Tapi mungkin akan ambil sedikit masa. Kau kena berhati-hati, jangan sampai kau terkena darah-darah dari makhluk yang telah dijangkiti ini.” Pesan Haraki serius.
Haydem tersenyum lebar. “Tuanku jangan risau. Mereka tak mampu untuk dekat semeter pun dengan aku.” Dia menuturkan penuh keyakinan.
“Bagus. Di samping itu, aku juga nak beri tugasan untuk kau.” Tambah Haraki.
“Ohh, tugasan apa tu?” Haydem menjungkit keningnya.
“Aku mahu kau jaga Laut Astral ini. Jangan biarkan mana-mana beast dari Gunung Montreal melepasi laut ini. Dan juga jangan biarkan mana-mana makhluk luar melalui laut ini.
Kau mampu?”
Kali ini Haraki pula yang menjungkit keningnya memandang Haydem.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...