Chapter 113

521 57 4
                                    


Petang selepas Nan Hen sedarkan diri, mereka dikejutkan dengan kedatangan Setiausaha General Imperial Knight Alex, atau nama sebenarnya Alice, ke kediaman Haraki.

"Jadi selepas ini kau akan pergi mengembara?" Soal Haraki sambil menghidangkan cawan berisi air kepada Alice.

Alice mengangguk. "Aku dan beberapa orang Seraph dari squad pertama akan menjalankan misi untuk memburu Alvys, yang kau kenal sebagai Two Face." Terang Alice.

"Dan misi kami kali ini akan diketuai sendiri oleh Putera Allawiey yang kau jumpa hari tu."

Kening Haraki terangkat.
"Putera kau sendiri turun padang tinggalkan kerajaan untuk misi ni?"

Alice mengangguk. "Benar. Walaupun Putera Allawiey adalah putera mahkota, tapi dia tak berminat pun dengan takhta dan kekuasaan di Iseria. Sebaliknya baginda adalah putera yang sangat mengambil berat dan mementingkan perihal kaum Seraph. Baginda sanggup buat apa saja untuk kaum Seraph. Sebab itu, kali ini Putera Allawiey berkeras untuk pergi mengetuai sendiri misi memburu Alvys walaupun ditentang banyak Elders."

Haraki teringat semula wajah tidak berperasaan Allawiey yang tanpa teragak-agak melafazkan spell yang boleh membunuhnya andai dia seorang Demon.

"Boleh kau ceritakan sedikit kepada aku berkenaan kaum kau?" Soal Haraki.

Nan Hen di sebelahnya turut membuka telinga mendengar.

"Kaum Seraph tinggal di kerajaan Iseria, di satu tempat yang tidak tercapai oleh manusia, beast, mahupun Demon. Kami terdiri daripada empat buah clan. Clan Ikkigai, clan Imryl, clan Isayra, dan clan Ingel." Alice mula membuka cerita dengan tenang.

Baginya, Haraki sebagai penjaga Momo yang juga seorang Seraph layak mengetahui perkara ini.

"Aku dan ibu Momo dari clan Ikkigai. Setiap clan ada kepakaran masing-masing dalam spell-spell yang kami lafazkan. Clan aku dikenali sebagai The Healer. Kepakaran kami adalah spell-spell penyembuhan. " Terang Alice.

Dia berhenti seketika menghirup air bagi membasahkan tekak sebelum menyambung kembali.

"Clan seterusnya adalah clan Imryl, yang merupakan clan keturunan diraja. Putera Allawiey dari clan Imryl. Mereka dikenali sebagai The Executioner."

"Dan mereka pakar dalam spell-spell yang memcederakan, memusnahkan dan.. membunuh." Alice menuturkan perlahan.

Nan Hen menggenggam penumbuknya.
Clan Imryl...

Seraph dari clan inilah yang telah melafazkan spell yang membunuh ibunya.

"Yang ketiga adalah clan Isayra. Clan ini dikenali sebagai The Protector. Mereka pakar dalam spell-spell pelindung, pembebasan dan barrier. Kerajaan Iseria tidak mampu dijumpai mahupun dicerobohi oleh sesiapapun termasuk kaum Demon adalah kerana spell clan ini." Sambung Alice.

Dia berhenti agak lama sebelum menyambung kembali.

"Yang terakhir sekali adalah clan Ingel, clan milik Two Face. Dahulu, clan inilah yang memegang takhta kerajaan Iseria. Namun, kerana kesalahan Puteri Ameyra yang jatuh cinta dan berkahwin dengan Demon, seluruh ahli clan ini telah dijatuhkan hukuman, dan takhta kerajaan digantikan oleh clan Imryl."

"Puteri Ameyra ni.. Ibu kepada Two Face?" Soal Haraki.

Alice mengangguk mengiyakan.

"Hukuman apa yang dijatuhkan?" Nan Hen menyampuk.

Alice meneguk air liur.

"Hukuman bunuh diri. Untuk seorang Seraph mempunyai hubungan dengan kaum luar adalah satu kesalahan yang sangat berat. Terutama sekali apabila kaum luar itu adalah dari kaum Demon, musuh ketat kami sejak azali lagi."

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now