Tembok besi sempadan Metal Kingdom - Laut Astral.
Seorang Kingsmen Metal yang berkawal di atas tembok kota itu menguap malas sambil menggeliatkan tubuhnya.
Namun tangannya yang digeliatkan terhenti apabila matanya menangkap kelibat sesuatu di udara yang sedang menuju ke arahnya.
Atau lebih tepat, ke arah tembok kota tempat dia berada.
"Hurmmm? Apa benda tu?"
Lelaki itu memicingkan anak matanya, cuba melihat dengan lebih jelas susuk hitam yang sedang terbang di udara itu.
Beberapa saat kemudian, mata kingsmen tersebut membesar dan wajahnya berubah pucat.
Susuk hitam di udara itu semakin jelas kelihatan dan semakin besar saiznya apabila mereka semakin menghampiri.
Ianya bukan satu tetapi segerombolan besar Ancient Beast Chimera dalam angka yang melebihi ribuan ekor!
Kingsmen itu tanpa berlengah lagi terus melepaskan isyarat bunga api kecemasan di udara.
Dalam masa cuma beberapa saat, atas tembok kota Metal Kingdom yang memisahkan kota tersebut dari laut Astral itu sudah dipenuhi dengan deretan kingsmen Metal.
Kingsmen-kingsmen tersebut serentak menggunakan kuasa Metal Element mereka.
Beribu-ribu lohong terbuka di udara di hadapan mereka. Kemudian, daripada lohong-lohong tersebut, meluncur keluar anak panah - anak panah yang membidik tepat ke tubuh Chimera-Chimera yang sedang menuju ke arah mereka.
“ROARRRR!!” Ratusan tubuh Chimera satu persatu kehilangan nyawa mereka, jatuh menjunam ke dalam laut bagaikan hujan yang turun.
“Tengok tu! Beast apa tu?!”
Salah seorang kingsmen yang ada tiba-tiba menunding ke langit jauh di hadapan mereka.
Mereka melihat seekor makhluk bersayap yang begitu besar sedang mara ke arah tembok kota mereka.
Wajah ketua kingsmen yang memimpin pertahanan tembok besi itu terus berubah pucat melihat kemaraan seekor naga hitam dengan mata yang merah berdarah ke arah mereka.
“Serang!!!” Laungnya sekuat hati.
Ratusan anak panah ke semuanya ditujukan ke arah Ancient beast naga itu.
Namun tidak ada satu pun yang berjaya menembusi sisik tebal naga tersebut, sebaliknya naga tersebut tetap maju terbang ke arah mereka tanpa mempedulikan lontaran anak panah yang menyentuh tubuhnya.
“Bersedia!!!” Laung ketua kingsmen itu.
Semua kingsmen yang bertahan di atas tembok kota memunculkan sebilah pedang logam di tangan masing-masing, bersedia untuk kombat jarak dekat dengan Ancient Beast naga tersebut.
Namun, tinggal beberapa meter saja lagi untuk naga itu merempuh tembok kota mereka, lima figura yang terbang meluncur di atas pedang muncul di hadapan mereka,
berdiri membentengi para kingsmen yang berkawal di atas tembok kota di belakang mereka.
Melihat lima figura bersut besi lengkap warna keemasan itu, semua kingsmen yang ada bersorak lega.
Lima figura berbaju perisai besi itu adalah lima panglima teragung Metal Kingdom, general terkuat di bawah pimpinan Metal King Aries.
Ketua panglima tersebut, Orien, mendepakan tangannya.
Sebuah lohong putih besar terbuka di antara kedua-dua belah tangannya.
Dari lohong besar tersebut, keluar sebilah pedang gergasi yang tajam berkilat.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...