Chapter 8: -

708 94 1
                                    

Apabila tiba giliran guru-guru dari setiap Sect turun untuk merekruit anak murid baru, Haraki beredar meninggalkan Momo bersama dengan kelompok Artificiernya. Dia menuju ke lorong yang terdapat banyak deretan kedai-kedai dan juga peniaga-peniaga yang membuka meja kecil berniaga di kaki lima kedai-kedai yang ada.

Sambil berjalan, dia meneliti barang-barang yang dijual.

“Kau ada dengar berita tak semalam ada beberapa orang wielder kena serang dengan beast?”

Tiba-tiba telinga Haraki menangkap perbualan dari seorang pengunjung pasar di sebelahnya yang sedang berbual dengan teman di sebelahnya sambil membelek barang jualan.

“Teruk ke diorang tercedera? Melampau betul beast-beast tu sekarang ni. Makin dibiarkan makin menjadi-jadi! Makhluk raksaksa macam tu sepatutnya dihapuskan terus dari muka bumi ni!” Komen rakan di sebelahnya.

Terangkat kening Haraki mendengarnya. Kemudian dia tersenyum jahat. Dalam sembunyi, telunjuknya ditegakkan menghala ke belakang lelaki itu. Sedikit aura ditembak keluar dari hujung jarinya mengenai belakang lelaki itu. Terus lelaki itu terbatuk darah dan terlutut jatuh.

Alangkah terkejutnya pengunjung lelaki yang lagi satu dengan perkara yang tidak dijangka itu. Keadaan di pasar itu menjadi riuh dengan jeritan beberapa orang pengunjung yang turut menyaksikan apa yang berlaku. Dlam keributan itu, Haraki dengan tenang berjalan pergi.

Senyuman licik masih terukir di wajahnya. Lelaki itu dikira bernasib baik kerana dia dengan baik hatinya tidak menghabiskan nyawa lelaki itu di situ juga. Aura yang dilepaskannya tadi hanya cukup untuk mencederakan organ dalaman lelaki itu, namun tidak sampai membawa maut.

Haraki tahu menerusi pembacaannya pada surat khabar dan buku-buku manusia yang dipinjamnya bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan manusia dan beast memang tidak beberapa baik.

Walhal tujuh tahun dahulu, manusia dan beast saling berkerjasama dan mempunyai hubungan yang sangat baik. Perang antara manusia dan beast semuanya bermula apabila Emperor Harlen, pemerintah empayar Qishan telah dibunuh oleh Emperor Beast Caesar.

Kerana marah dan ingin menuntut bela atas kematian emperor mereka, manusia telah menubuhkan satu pasukan tentera yang kuat untuk menyerang Emperor Beast Caesar sehinggalah mereka berjaya mengalahkan dan membunuh Emperor Beast tersebut. Hal ini telah membangkitkan kemarahan seluruh makhluk beast sekaligus mencetuskan api peperangan antara beast dan manusia.

Setelah membeli beberapa bahan mentah untuk masakan malam, Haraki bergerak untuk menjengah Momo. Apabila Haraki kembali ke dataran lapang Qan’an dia agak terkejut apabila mendapati Momo sedang duduk bersila keseorangan di atas tanah dengan wajah yang sedih. Dataran itu telah pun lenggang dari para pelajar baru yang lain.

“Hoi,” Dia mengetuk lembut kepala Momo. Mendengar suara yang dikenalinya, Momo terus mendongak dan memeluk peha Haraki.

“Aki… tak ada siapa yang nak ambil Momo.” Adu budak kecil itu sedih.

Datang dari latar belakang yang tidak diketahui, tambahan pula dengan umurnya yang tersangatlah muda dan tubuhnya yang kecil, tiada guru dari Sect Artificier yang berminat untuk menjadikan Momo sebagai anak murid mereka. Akhirnya, tinggallah Momo keseorangan tanpa ada siapa-siapa yang menjadi gurunya.

Haraki menarik Momo bangun berdiri. “Emm.. Kalau macam tu jom balik.” Ujarnya selamba sambil memimpin tangan Momo. Mereka berjalan pulang ke rumah mereka.

Sepanjang perjalanan mereka, wajah Momo masih masam mencuka.

“Jangan risau,” Tiba-tiba Haraki bersuara.

“Kau boleh belajar dari siapa-siapa, di mana-mana, pada bila-bila masa.” Dia tak memandang pun wajah Momo, sebaliknya matanya tegak ke hadapan.

Namun di fikirannya terimbau kembali zaman di waktu dia masih kecil. Menjadi anak separuh manusia yang dipulau semua, tiap-tiap hari dia akan curi-curi menghadiri kelas anak-anak phoenix lain tanpa disedari oleh mereka dari atas sebatang pokok. Kebanyakan ilmu yang dikuasainya kini, sama ada memasak, bertukang, membaca, menulis, ilmu pertarungan dan juga pengendalian aura, semuanya dibelajarnya sendiri tanpa ada pembimbing pun.

Mendengar kata-kata Haraki itu, Momo terus tersenyum mengangguk setuju. Dia kembali bersemangat. “Jom Aki, cepat. Perut Momo dah lapar ni.” Momo menarik tangan Haraki untuk mempercepatkan langkahnya pulang.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now