Ryukan merengus kasar. Dia merenung penuh cemburu tuannya yang sedang gembira bergelak ketawa dengan lelaki di sebelahnya di atas sebatang dahan pokok yang besar.
Semenjak lelaki manusia itu mengunjungi tempat mereka, tuannya semakin kurang memberi perhatian kepadanya.
Sebagai imperial beast paling bongsu, dia selalu kebosanan tiada teman. Abangnya, Raph lebih gemar tidur membuta. Kakaknya Saphine pula jenis yang tidak lekat di rumah dan gemar merayau-rayau ke sana sini. Selama ini, tuannya, Caesar lah yang selalu menemani dan melayaninya.
Sehinggalah lelaki manusia bernama Harlen itu hadir dalam hidup mereka!
Ryukan menyondol lembut belakang Caesar dengan hujung hidungnya untuk menarik perhatian Emperor Beast itu.
Caesar menoleh, tersenyum lembut kepadanya dan mengusap lembut hidungnya sebelum kembali berpaling menyambung perbualannya dengan Harlen.
Terus terbakar panas hati Ryukan dibuatnya.
Dengan penuh geram, Ryukan melepaskan rasa tidak puas hatinya dengan melibas ekornya ke belakang tubuh Harlen.
“Uwaaa!” Tidak menduga serangan itu, Harlen yang sedang rancak bercerita terus tertolak jatuh dari dahan pokok tempatnya duduk dan tersembam jatuh mencium tanah.
Melihat pemandangan itu, Ryukan tersenyum puas.
Caesar di sebelah ternganga dengan apa yang terjadi. Dia melompat ke tanah, mendapatkan Harlen yang mengaduh kesakitan sambil mengusap-ngusap kepalanya yang merah benjol. “Ryukan!” Terus dia berpaling menegur tindakan kurang sopan imperial beast peliharaannya itu.
Tidak menghiraukan renungan tajam tuannya, Ryukan selamba memalingkan wajah tanpa rasa bersalah.
Caesar mengeluh. Dia mengurut dahinya yang berkerut. Tak terkata dengan karenah imperial beastnya itu.
Author's note: Just a bonus chapter ^_^
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...