"!!!!!!" Mata Nan Hen membesar melihat perubahan di hadapan matanya itu.
ZASSS!!
Haraki tanpa teragak-agak memutuskan tangan kiri pada bahunya dengan sebilah light blade yang dijelmakan di tangan kanannya, sekaligus menghentikan transformasi tubuhnya kepada darah.
Mujur Finny bukannya berlevel Demon Lord, jika tidak Haraki tidak akan sempat menyelamatkan dirinya.
Mata Nan Hen merah merenung bahu kiri Haraki yang kini kudung dengan darah yang masih terus menitik laju itu.
Tanpa sepatah kata, dia berpaling, sebelah tangannya diangkat ke arah Finny yang tiba-tiba tidak mampu bergerak di bawah domain space Nan Hen.
Satu sfera hitam pekat muncul memenjarakan Finny, dan menelan Demon itu di dalamnya. Kemudian sfera itu terus lenyap di udara.
Sejurus itu juga, tangan Nan Hen dan tubuhnya longlai hendak tumbang ke tanah.
Haraki terus meyambut tubuh Nan Hen, mebiarkan Nan Hen bersandar di tubuhnya.
Nan Hen memejamkan matanya, meluaskan domainnya mengelilingi seluruh kawasan di sekeliling mereka, cuba mengesan jika ada darah-darah Demon Felscylla itu yang berbaki.
"Henhen, berhenti gunakan kuasa kau." Arah Haraki lembut bercampur nada risau.
Nan Hen menarik semula domainnya sebelum membuka kembali matanya. Pandangannya jatuh pada bahu kiri Haraki yang masih mengalirkan darah meskipun tidak sebanyak sebelum ini.
Matanya berkaca. "Aku minta maaf."
Haraki tersenyum. "Bukan salah kau." Kemudian, Haraki mengangkat wajah memandang sekelilingnya.
BRRRR....
Tanah di sekeliling mereka yang tadinya merekah terbelah bergerak dan bercantum kembali seperti sedia kala.
Lao terus membawa Momo mendekati Haraki dan Nan Hen.
"Aki... Tangan Aki..." Momo sudah tersedu-sedu menangis. "Biar Momo rawat Aki." Ujarnya dengan mata yang merah.
Namun Haraki menggeleng. "Momo, hari ini kau dah banyak kali gunakan spell kau untuk rawat aku. Kau tak ada luka apa-apakan?" Walaupun sebelum ini, Momo banyak kali menggunakan spell healing tanpa perlu menerima sebarang luka pada tubuh, Haraki tetap berasa tidak sedap hati.
Menurut Alex, syarat imbalan setimpal itu adalah mutlak dan perlu ditunaikan. Haraki takut segala imbalan yang sepatutnya dibayar tubuh Momo sedang dikumpulkan, menanti masa untuk ianya dibayar sekaligus pada suatu masa akan datang.
Wajah Momo sudah tercebik. "Tapi Aki....."
"Wow, aku tak sangka manusia dan beast biasa mampu kalahkan sepuluh orang demon. Hebat."
Satu suara tiba-tiba kedengaran menyampuk mereka.
Diikuti dengan satu aura yang sangat berat menekan.
"Uhukkkk!!!" Tubuh Nan Hen yang sudah sedia lemah terbatuk darah merah pekat. Lao pula terus berubah ke bentuk manusianya. Dia terduduk di tanah, tercungap-cungap mencari nafasnya yang begitu sesak sambil mencengkam dadanya yang terasa ingin pecah menahan tekanan itu.
"Barrier!" Seru Momo, mencipta barrier yang melegakan sedikit aura hebat yang menekan mereka.
Haraki mengangkat wajahnya dengan nafas yang laju, melihat ke arah pemilik suara tersebut.
Wajahnya berubah pucat melihat seorang lelaki berambut hitam pekat pendek, dengan senyuman licik di wajah dan juga sepasang mata hijau zamrud, yang segak dalam sut hitam bertatah jade biru laut.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...