Chapter 37: Kuasa Nan Hen

588 73 5
                                    


"Momo, jauh lagi ke kau nak masuk?" Nan Hen menyoal sambil mengesat peluh yang bercucuran di dahinya. Lelaki itu santai berpakaian warna biru awan dengan rambut coklat panjangnya seperti biasa diikat ekor kuda tinggi. Kali ini dia tidak memakai kelubung kerana mereka cuma berkeliaran di dalam hutan Lumenfantrine.

"Belum lagi." Momo menjawab sambil langkah kakinya lebih laju mendahului Nan Hen berjalan di hadapan, merentasi hutan tebal itu.

Mata Nan Hen melilau memerhati sekelilingnya yang semakin sunyi tanpa bunyi seekor binatang pun dan cuma dipenuhi batang-batang pokok yang tinggi dan besar. Kerana pokok-pokok yang tumbuh tinggi melangit, cahaya matahari terhalang daripada masuk ke dalam kawasan itu, menjadikan suasana sekeliling mereka agak gelap dan muram. Ditambah pula dengan kabus pekat yang mengelilingi mereka.

"Momo, aku rasa kita dah masuk dalam sangat." Nan Hen berkata risau. Dia bukannya takut mereka diserang bintang buas ataupun apa-apa beast namun dia khuatir jika mereka tersesat di dalam hutan tebal itu. Dia bukannya biasa dengan hutan ini.

Nan Hen tiba-tiba terperasan sebatang anak sungai berdekatan mereka. Dahinya berkerut. Dia tidak perasan langsung sungai ini tadi.

Nan Hen berdiri di tebing sungai itu sambil merenung ke dalam air sungainya. Dia terasa bulu romanya meremang melihat sungai itu.

Warna sungai itu gelap pekat tidak menampakkan langsung isi di dalam airnya. Apa yang lebih menyeramkan adalah sungai tersebut sangat kaku, tidak kelihatan langsung tanda air di dalamnya sedang mengalir, apatah lagi menghasilkan apa-apa bunyi air!

Kerana itu dia tidak perasan kehadiran sungai itu tadi!

"Yeyy, dah jumpa!" Sorakan Momo menarik perhatian Nan Hen. Dia segera mendapatkan Momo yang sedang mencangkung di hadapan sebatang pokok sebesar satu pemeluk yang agak berhampiran dengan sungai itu.

"Ini ke bunga yang kau cari tu?" Nan Hen turun bertinggung di sebelah Momo, memerhati sekuntum bunga warna biru yang malu-malu tumbuh di celah akar banir pokok itu.

"Haah." Dengan penuh berhati-hati, Momo menggunakan soul forcenya untuk mengekstrak bunga tersebut dari tanah tanpa merosakkan akarnya.

"Bunga apa ni?" Soal Nan Hen berminat. Dia akui bunga berkelopak lima tersebut nampak unik dan cantik. Di tengah-tengah hutan yang muram ini, warna biru bunga tersebut menyerlah bercahaya di dalam gelap.

"Nama bunga ni bunga sachxres. Cantikkan? Bunga ni boleh tenangkan aliran aura beast." Terang Momo. Bunga yang telah selamat diekstraknya itu dimasukkan ke dalam sebuah balang kaca dengan berhati-hati. Kemudian balang kaca tersebut dimasukkan ke dalam poket dimensinya.

"Kau nak buat apa dengan bunga tu?" Soal Nan Hen ingin tahu.

"Momo nak buat hadiah untuk bagi pada Aki. Hehe." Momo tersengih menampakkan barisan gignya yang putih.
Nan Hen tersenyum mendengarnya. "Bagus. Bagus." Dia mengusap kepala Momo.

"Grrrr... Grr.." Tiba-tiba bunyi deraman menarik perhatian mereka berdua.

Nan Hen menelan air liur apabila mendapati mereka telah dikepung oleh lima ekor beast.

"Momo." Nan Hen menarik Momo untuk bangkit berdiri bersamanya. Dia memicingkan matanya. Keadaan hutan itu yang gelap dan berkabus tebal menyukarkan Nan Hen untuk mengecam jenis beast yang mengepung mereka.
Perlahan-lahan lima ekor beast berkaki empat itu mula menampakkan rupa mereka.

"Henhen..." Momo berbisik ketakutan di belakang Nan Hen melihat rupa beast itu yang semakin jelas kelihatan.

Beast-beast berkaki empat itu berbulu panjang lebat warna kelabu kotor menutupi satu badan mereka terutamanya di bahagian muka, menampakkan cuma sepasang mata warna putih bersinar tanpa anak mata dan juga gigi tajam menyeringai yang berlelehan air liur pekat.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now