Mushan tergamam melihat Gu yang berjaya menebuk masuk ke lengan Harlen.Tangannya yang memegang pedang untuk menyerang Harlen terkaku.
Pahlawan kuat itu terpaku berdiri melihat apa yang terjadi kepada teman karib yang baru saja dikhianatinya itu.
"Mushan... Jangan lupa janji kita.."
Harlen menuturkan dari celah giginya yang diketap sambil lelaki itu memegang lengannya yang luka dengan wajah yang pucat lesi.
Mushan mengeratkan genggaman pada hulu pedangnya.
"Harlen, aku tak boleh biarkan kau terlepas hari ini.."
Lelaki itu akhirnya menuturkan, melawan perasaannya sendiri.
Kerana sebuah janji, dia terpaksa mengangkat pedangnya terhadap teman baiknya sendiri.
........
Setahun dahulu.
"Senior~ jomlah berlawan~" Razhael mengajak dengan suara mendayu-dayu. Tubuhnya sudah dijatuhkan malas merentasi meja belajar di hadapannya.
"Habiskan baca buku tu dulu." Harlen berkata tanpa mengangkat pun wajahnya dari fail di tangan.
Mulut Razhael terus memuncung.
"Alahh, bosanlah... Kenapa saya kena belajar semua benda ni?" Razhael menguis kertas-kertas dan buku berkaitan pentadbiran kerajaan di atas mejanya penuh anti.
Harlen tergelak. "Sebab kau bakal emperor."
"Senior kan ada? Saya nak jadi Imperial knight je, tak nak jadi emperor." Razhael laju membalas selamba.
Harlen terdiam tidak menjawab.
Pintu pejabat Harlen dikuak dari luar.
"Hello~" Mushan melangkah masuk dengan beg berisi makanan snek di tangan. Mulutnya juga sedang mengunyah sesuatu.
"Mushan, cepat! Bawa aku lari!" Mata Razhael bersinar melihat penyelamatnya tiba. Tubuhnya terus tegak bertenaga kembali.
"Berapa kali aku kena cakap, panggil aku senior ataupun abang! Aku ni sebaya Harlen tau. Kenapa kau boleh hormat Harlen tapi tak boleh hormat aku?" Bebel Mushan sambil mengetuk dahi Razhael.
Razhael terus buat muka jijik memdengar bebelan Mushan.
"Sebab kau tak nampak macam individu yang boleh dihormati." Selamba dia membalas.
"Hoi, apa maksud kau!" Mushan menjegilkan matanya.
Tanpa mempedulikan marah Mushan, Razhael mencuri snek dari bungkusan di tangan Mushan dan menyuapnya ke mulut.
"Budak tak mengenang budi! Dari kau kecil aku ni lah yang lap hingus kau, tukar lampin kau, bersihkan cadar kau bila kau kencing malam, ajar kau guna pedang.." Mushan membuka mulutnya berleter.
"Tipu!!! Mana ada aku kencing malam!!" Razhael memintas dengan wajah merah padam.
Mushan ketawa senang. "Ya ke tak ada?" Usiknya dengan kening dijungkit.
"Diamlah!" Razhael merampas bungkusan snek di tangan Mushan dan melahapnya dengan geram.
Dia sendiri tidak ingat sama ada dia pernah kencing malam atau tidak. Namun hampir semua yang dikatakan Mushan itu benar.
Masakan tidak, dari dia kecil Mushan tinggal di istana bersamanya. Mushan merupakan anak kepada tukang masak utama istana dan pengurus istana. Lelaki itu selalu mengambil alih kerja pembantu-pembantu di istana bagi menguruskan si kecil Razhael.
Bukan kerana apa melainkan kerana Razhael sendiri yang merengek meminta Mushan 'si abang kuat hensem dengan pedang' menguruskan dirinya.
Hubungan dia dan Mushan memang rapat sejak dia kecil.
Melihat wajah Razhael yang cemberut dan kapasiti fokusnya yang semakin berkurang, Harlen akhirnya berlembut hati.
"Pergilah rehat. Petang nanti datang ke sini semula untuk habiskan pembacaan kau." Tutur Harlen.
Senyuman Razhael terus terkoyak lebar.
"Yeyy~ Terima kasih, senior!" Razhael berdesup laju keluar dari pejabat Harlen, siap membawa lari lagi snek Mushan tanpa rasa bersalah.
"Hoi, snek aku!" Mushan melaung.
"Bluerkk!!" Razhael menjelirkan lidah kepada Mushan sebelum terus berlalu pergi.
"Tsk. Budak bertuah..." Sumpah Mushan namun bibirnya kekal tersenyum.
"Mushan."
Panggilan Harlen dengan nada yang serius itu menarik perhatian Mushan kembali kepada temannya.
"Hurmmm?"
"Boleh kau janji dengan aku satu perkara?"
Harlen bertentang mata dengan Mushan.
"Janji apa?" Mushan menyoal. Tidak terus berjanji.
"Walau apapun yang berlaku, kau kekal setia di sisi Razhael." Pinta Harlen.
Dahi Mushan berkerut. "Kau takut satu hari nati dia tahu perkara sebenar di sebalik kematian Raizel?"
Harlen diam tidak menjawab. Namun matanya masih tidak melepaskan Mushan. Menunggu janji lelaki itu.
"Walaupun aku terpaksa berlawan dengan kau sendiri? Dan jadi musuh kawan-kawan kita yang lain?" Soal Mushan lagi.
Kali ini Harlen mengangguk serius.
Mushan terdiam.
Akhirnya dia ketawa perlahan.
"Baiklah. Untuk kau dan budak bertuah tu, aku sanggup jadi musuh dunia."
___________
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...