Semua yang menyaksikan kekaguman melihat kekuatan Imperial Knight itu."Mari," Dengan Nash mengetuai kumpulan itu, mereka melangkah masuk ke dalam hutan Lumenfantrine.
Tidak lama mereka berjalan, langkah mereka dihentikan oleh seekor beast harimau belang hitam bersayap.
Wielder-wielder itu terus menghunuskan senjata mereka, bersedia untuk berlawan. Yun paling teruja sekali untuk membalas dendam bagi peaknya. Tanpa menunggu arahan, dia sudah meluru untuk membunuh Ghaw, namun dihentikan oleh Nash.
"Nanti dulu," Nash berkata datar sebelum dengan tenang melangkah mendekati Ghaw.
"Grrrrrrrrr..."
Ghaw merendahkan badannya, merenung Nash penuh berjaga-jaga. Dia tahu lelaki ini jauh lebih kuat darinya."Hey, kau Ghaw, kawan Momo kan? Kau crohnos hutan ni?"Soal Nash lembut.
"Grr.." Mendengar nama Momo, Ghaw bertenang sedikit.
"Aku Nash, kawan Momo juga. Kami minta maaf sebab menceroboh kawasan kau. Aku juga minta maaf pasal kaum aku yang ceroboh kawasan kau tempoh hari." Ujar Nash.
Semua Wielder yang ada terkejut mendengarnya. Great Wielder Nash meminta maaf kepada beast itu??
Adakah Nash cuba berdiplomasi dengan crohnos Lumenfantrine ini?Wajah Yun berubah gelap. Dia menggenggam erat pedang di tangannya.
"Kami datang cuma untuk ambil Momo. Emperor kami berminat nak berjumpa dengan dia." Sambung Nash.
"Grrrr!!" Mendengar mereka datang untuk mengambil Momo, Ghaw menderam garang semula.
Dia tidak akan membenarkan siapa-siapa pun mencederakan teman kecilnya itu!"Jangan risau. Kami tak akan apa-apakan dia. Aku janji aku akan lindungi dia. Aku pun kawan Momo juga." Nash berkata tegas.
Meskipun dia tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh emperor Razhael terhadap Momo, namun dia sudah bertekad yang dia akan melindungi budak kecil itu.
Mendengar janji Nash, Ghaw merenung lelaki itu lama.
Dia tahu lelaki di hadapannya ini tidak menipu. Dia benar-benar merupakan kawan Momo. Ghaw tahu lelaki ini berserta seorang lagi lelaki yang lain selalu menjejakkan kaki ke dalam domainnya untuk pergi melawat ke rumah Momo.
Ghaw akhirnya beralah, memilih untuk percaya kepada Nash.
"Terima kasih." Nash mengukir senyum.
Wielder yang lain sudah terlopong melihat Crohnos itu sanggup beralah.
Melihat beast itu yang sudah berpaling berlalu pergi, Yun tidak dapat lagi menahan perasaannya.
Dia mengeratkan genggaman pedang di tangannya untuk menyerang Ghaw, namun langkahnya dihentikan oleh suara tegas Nash."Dengar sini, jangan siapa-siapa angkat senjata mereka kepada crohnos tu." Nash mengeluarkan arahan.
"Tapi Tuan, mereka dah bunuh orang kita, takkan nak biarkan beast tu terlepas begitu saja??" Yun bersuara keras tidak setuju.
Wajah Nash berubah tegang. "Kita yang menceroboh kawasan dia dahulu! Peak Elder Yun dah lupa ke perintah mendiang Tuanku Harlen? Hutan Lumenfantrine adalah rumah bagi kaum beast dan manusia dilarang untuk menceroboh kawasan mereka sesuka hati."
Dahi Yun berkerut seribu. Tapi Harlen dah lama mati!
"Tapi-"
"Ini arahan aku.
Faham?" Nash jelas sekali menunjukkan autoritinya sebagai ahli Imperial Knight yang menjaga Mishan. Matanya mencerlung tajam menusuk tepat ke arah Yun.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...