Chapter 134: Rancangan Two Face

806 66 12
                                    

Blood Sacred Abyss.


Di tanah merah yang dikelilingi bukit-bukau dan batu-batuan itu, beberapa figura tinggi lampai sedang berkumpul, duduk menanti sesuatu.

Dan ke semua mereka memiliki persamaan satu ciri unik yang tidak ada pada makhluk lain selain dari kaum mereka.

Sepasang mata hijau zamrud yang mempesonakan.

"Tsk, siapa yang panggil kita suruh berkumpul di sini? Aku ada hal lain ni." Salah seorang dari mereka menggerutu dingin.

"Aku dengar dia yang dah bunuh Mavis. Aku tertarik nak tengok siapakah gerangannya yang dah berjaya bunuh Mavis." Seorang lagi lelaki lain bersuara sambil mengelus rambut hitam panjangnya.

"Humph. Mavis yang dah semakin lemah sekarang. Lelaki itu sibuk melayan perempuan-perempuannya. Memang patut dia kalah terbunuh." Seorang lagi lelaki lain merengus kasar.

"Pfft." Seorang lelaki lain yang tadinya mendengar saja melepaskan ketawa kecil.

"Kau gelakkan aku, Loki?" Suara yang merengus kasar tadi menyoal dingin.

"Maaf, maaf, Leo. Apa yang kau cakap tu menggelikan hati aku." Loki berkata santai. "Setahu aku, seumur hidup kau, kau belum pernah lagi berjaya mengalahkan Mavis."

Wajah Leo berubah gelap. "Aku tak pernah kalahkan dia bukan bermaksud aku lebih lemah dari dia. Aku cuma tak berminat nak berlawan dengan Mavis."

"Ohhh~" Loki menyahut selamba. Entah dia percaya atau tidak kata-kata Leo itu.

"Hurmmm.. Tapi aku tak sangka semua Demon Lord ada berkumpul di sini. Nampaknya semua orang berminat untuk berkenalan dengan Demon yang dah berjaya bunuh Mavis ini." Loki bersuara lagi setelah pandangan matanya menyapu ke seluruhan kawasan mereka berkumpul itu sekali lalu.

"Ada lagi seorang tidak ada." Salah seorang Demon di situ mengingatkan.

"Oh, betul. Lord Sherwin tak ada di sini." Loki menjungkit keningnya.

"Humph. Aku dah lama tak nampak dia. Entah hidup lagi atau tak." Satu Demon lain bersuara mencemuh.

Di satu sudut di kawasan mereka berkumpul itu, tiba-tiba seorang lelaki yang dari tadi membisu bangkit berdiri.

Lelaki itu berjalan seolah-olah ingin berlalu pergi dari situ.

"Seryll, kau dah nak pergi?" Seorang lagi Demon di situ menegurnya yang ingin pergi.

Demon bernama Seryll itu tidak mengendahkan soalan lelaki tersebut dan terus berjalan untuk pergi.

Namun satu suara menghentikan langkahnya.

"Nanti dulu, Lord Seryll. Luangkan sedikit masa untuk dengar apa yang aku nak bicarakan."

Suara itu menarik perhatian semua Demon yang berkumpul di situ ke satu arah.

Tidak jauh dari mereka, berdiri seorang lelaki dengan topeng dua riak wajah yang menyembunyikan mukanya.

"Selamat pagi semua. Terima kasih kerana sudi berkumpul di sini." Lelaki bertopeng itu membuka bicaranya. Dia memerhatikan satu persatu wajah tujuh orang Demon Lord yang berada di hadapannya saat ini.

"Aku sangat berbesar hati kerana ke semua Demon Lord yang memerintah clan Demon sudi meluangkan masa untuk aku.

Nama Aku Mikael. Mikael Railan dari bloodline Vallath."

Mikael, atau nama lainnya Two Face akhirnya memperkenalkan diri.

Mendengar saja namanya, suasana tiba-tiba menjadi riuh.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now