“Kalau macam tu, mungkin aku terpaksa bunuh kau dulu.”
Usai saja berkata, Zeyan terus melompat ke arah Haraki dengan tangannya yang dipanjangkan ke arah lelaki itu.
Haraki pantas mengelak serangan demi serangan Zeyan, tidak langsung memberi peluang kepada lelaki itu untuk menyentuh tubuhnya.
Dengan kuasa penetrance milik pure breed Wolverine, Zeyan langsung tidak mampu menyentuh tubuh Haraki!
“Kau sebenarnya Demon, kan?” Haraki menyoal di tengah pertarungan mereka.
Riak wajah Zeyan tidak berubah mendengar soalan Haraki. “Bukan ke kau pun sama?”
Satu lohong daripada darah muncul di sisi Zeyan dan lelaki itu menarik keluar darinya sebilah pedang berwarna merah pekat berkilat, seperti diperbuat daripada ais darah.
Melihat dia tidak mampu untuk menyentuh Haraki, Zeyan tanpa teragak-agak menukar arah serangannya kepada Lao.
Dengan kepantasan serangannya yang tidak diduga itu, masakan sempat Lao mengelak!
Haraki pantas muncul di hadapan Lao, menahan pedang Zeyan dengan Ember miliknya.
PRAK!
Pedang ais darah Zeyan berkecai apabila bertembung dengan Ember, dan darah itu terus terpercik ke wajah dan leher Haraki.
Sekelip mata, darah tersebut meresap ke dalam kulit Haraki.
"Ughh.."DUKK.
Haraki terduduk ke tanah sambil memegang lehernya dengan wajah yang membiru.
Darah lelaki ini beracun!
“Boss!” Lao berteriak cemas.
Tiba-tiba seorang budak kecil yang dari tadi berada di belakang Lao terus muncul keluar.
“Atas arahan Momo dari clan Ikkigai, dengan izin Tuhan, Heal!”
Satu lingkaran cahaya mengelilingi Haraki, dan Haraki merasakan keadaan tubuhnya kembali normal seperti sedia kala.
Kemudian Momo memandang Zeyan penuh marah sambil berkata,
“Jatuh!”
Zeyan yang tergamam dengan kemunculan tiba-tiba seorang budak kecil dengan kuasa Seraph itu terus tersungkur ke tanah.
“Zeyan!” Hina mendekati Zeyan risau.
“Berhenti!”Momo berkata pula kepada Hina.
Tubuh Hina terus terpaku di tempatnya berdiri.
Momo memandang Zeyan kembali dengan mata yang sudah merah berair.
“ Pak cik ni kenapa?! Sampai hati pak cik nak bunuh, Aki. Momo dahlah dah tak ada ayah, pak cik nak bunuh pula Aki. Sampai hati, pak cik! Uwaaaa!!!!!”
Tangisan Momo terus pecah tanpa mampu dikawal.“ Momo pun raja jugak.. Sob. Sob. Jadi Momo pun pun fahamlah mesti Aki sedih bila rakyat dia sendiri tak nak terima Aki. Mula-mula waktu Shaun tak nak terima Momo pun Momo sedih. Sob. Sob.” Momo terus berkata dalam sedu-sedannya.
“Rakyat mestilah kena patuh dengan arahan rajanya. Lainlah kalau raja tu jahat macam dekat Qishan. Tapi Aki raja yang baik. Sob. Sob.”
Zeyan terkedu hilang bicaranya melihat Momo yang terus-terusan bersuara dalam tangisannya yang semakin kuat.
"A-Aku..."
Dia jadi panik melihat budak kecil comel dengan mata yang sembap merah dan wajah yang basah dengan air mata di hadapannya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...