Dia tidak ingat bila kali terakhir dia mengisi perutnya.
Untuk melindungi dirinya dari wabak yang menimpa tempatnya, untuk kekal bertahan mempertahankan kerajaannya, Howl tidak menjamah langsung makanan selama bertahun-tahun lamanya.
Ia mungkin sesuatu yang mustahil bagi manusia biasa, namun tidak bagi Howl, seekor Ancient Beast dari clan Titan.
Namun tubuhnya juga ada hadnya.
Semakin lama tubuhnya semakin lemah. Untuk menyimpan tenaga, kebanyakan masanya dihabiskan dengan tidur.
Cuma sesekali dia akan berjaga, mengimbas sekali lalu keadaan di seluruh Gunung Montreal di dalam kurungan barriernya.
Kerana tidak makan, kuasanya semakin lama semakin lemah yang akhirnya mengakibatkan barriernya juga semakin lemah.
Gunung Montreal mula dikunjungi penceroboh luar berlevel tinggi yang mampu melepasi barriernya.
Howl cuma mampu memisahkan mereka dari kawasan sebenar di Gunung Montreal yang dipenuhi oleh rakyat-rakyatnya yang telah pun dijangkiti wabak.
“Kau nak biarkan saja ke anak kau mati?!
Ini Helene, anak perempuan kesayangan kau!”Mata Howl terus terbuka.
Helene?!!
Howl menggunakan kuasanya, menteleportasikan pemilik suara tersebut ke hadapannya.
Pemilik suara itu adalah seorang lelaki tinggi lampai berwajah tampan dan tangannya sedang mengendong satu tubuh yang terkulai lemah.
Mata Howl membesar melihat tubuh yang berlumuran darah dalam kendongan lelaki itu.
Dia ingat lagi, mereka berdua adalah penceroboh yang telah dipisahkannya masuk ke belah lagi satu barriernya yang menempatkan rakyatnya yang telah dijangkiti kerana salah seroang penceroboh tersebut telah pun dijangkiti.
Takkanlah… itu Helene? Bukankah penceroboh itu seorang lelaki??
Howl menggerakkan tangannya.
Tubuh dalam kendongan lelaki tampan itu berpindah ke tapak tangannya.
Pada saat itu barulah Howl mampu melihat dengan lebih jelas, wajah yang begitu mirip dengan wajah isterinya itu.
Malangnya, pemilik wajah itu sedang terbaring kaku dengan wajah yang pucat lesi di atas tapak tangannya.
“El?”
Panggilnya penuh berharap.
Namun tiada respon yang diterimanya.
Satu tubuh Titan itu terasa kaku.
Memori isterinya dan anaknya yang terbaring kaku di tanah tiga belas tahun lalu bersatu dengan jasad Nan Hen yang terbaring di atas tapak tangannya sekarang.
Sekali lagi.. Sekali lagi dia gagal melindungi orang-orang tersayangnya..
Howl mengangkat wajahnya. Matanya jatuh pada Haraki di hadapannya.
Lebih tepat lagi, pada sepasang mata hijau zamrud milik Haraki.
Demon!
Kenapa mereka lagi?!
Tali kewarasan akalnya terus terputus.
Kerajaannya… Gunung Montreal.. Semuanya hancur kerana darah seorang Demon.
Beratus tahun dahulu, kaumnya, seluruh clan Titan, juga terkorban kerana pengkhianatan bangsa Demon!
Dengan kemarahan yang memuncak, Howl terus melepaskan aura beast Titannya yang membunuh!
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...