Chapter 56: Emperor Qishan Ketujuh

559 72 3
                                    

Harlen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harlen.

Lelaki itu adalah Panglima general Imperial Knight termuda dalam sejarah empayar Qishan.

Seorang panglima general yang sangat terkenal dengan kepahlawanannya, juga sangat disayangi oleh seluruh rakyat Qishan.

Lelaki yang murah senyuman di wajah tampannya itu punya aura yang mampu membuatkan semua jenis makhluk rasa hormat dan rendah diri di hadapannya, namun pada masa yang sama wajahnya, bicaranya, menyejukkan mata dan menenangkan jiwa.

Panglima general Imperial itu juga merupakan pahlawan kesayangan Emperor Qishan yang keenam, Emperor Raizel.

Sehinggalah pada hari terjadinya peristiwa penting yang tersimpan daripada pengetahuan rakyat Qishan itu.
Hari Harlen merampas tahkta daripada Emperornya sendiri.

"Harlen.. Kau... Begini cara kau balas segala kebaikan yang beta dah berikan selama ini?"

Emperor Qishan yang keenam itu saat ini badannya penuh dengan luka-luka besar yang dalam. Jubah baldu mewah yang tersarung di badannya sudah comot basah dengan darah merah dan koyak pada tempat-tempat luka di badannya.

Namun meskipun lelaki itu sudah cedera parah, dia masih lagi mampu berdiri tegak, berhadapan dengan panglima general kesayangannya.

Wajah Harlen serius mendengar bicara Emperor Raizel. Pada tangan kanannya terdapat sebilah pedang panjang yang tajam berkilat. Tubuh lelaki itu juga penuh dengan luka-luka yang agak parah. Namun keadaannya tidak seteruk Raizel.

Saat ini, di balairung itu cuma ada dia dan Raizel. Harlen telah mendirikan sebuah barrier illusi berkualiti tinggi mengelilingi tempat itu. Sesiapa sahaja yang datang ke balairung itu pada saat ini akan melihat yang balairung itu cuma sunyi kosong tidak berorang.

Dia juga telah mendirikan array yang menghalang Raizel daripada menghubungi sesiapa pun di luar.

"Maafkan aku, Tuanku. Tapi aku tak boleh biarkan kau teruskan rancangan kau." Harlen akhirnya bersuara.
"Aku tak akan biarkan kau gunakan Qishan untuk teruskan legasi Two Face."

Mata Raizel membesar.

"Kau- macam mana kau tahu pasal Two Face?" Suaranya agak bergetar.

Kali ini Harlen tidak menjawab.

Raizel mengetap giginya.
Lelaki ini tahu berkenaan rahsia terbesar yang disimpan oleh Emperor Qishan dari satu keturunan ke satu keturunan baru. Harlen tidak boleh dibiarkan hidup!

Namun masalahnya, panglima generalnya ini sangatlah kuat. Dia sendiri tidak mampu untuk mengalahkan Harlen.
Rupa-rupanya selama ini Harlen menyembunyikan kekuatan sebenarnya.

Raizel tidak ada pilihan lain selain menggunakan spell terakhirnya. Spell ini sangat hebat kesannya, namun keburukannya adalah badannya sendiri akan tercedera sama sebagai 'bayaran' menggunakan spell ini.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now