Chapter 10: Sifu Melawat Rumah

729 82 1
                                    

“Sifu!”

Sena yang sedang berehat di beranda rumahnya menoleh. Matanya jatuh pada Momo yang terkedek -kedek berjalan mendapatkannya. Hari ini merupakan hari pertama Momo mula berguru dengannya.

“Nah,” Sampai sahaja di hadapan Sena, Momo terus mengeluarkan sebuah uncang kecil comel. Dari uncang kecil itu, dia menarik keluar semua jenis alatan-alatan yang telah direkanya. Sebelum ini, Sena telah memberinya arahan untuk datang dengan membawa semua barang ciptaannya.

“Itu pun kau buat sendiri?” Sena merujuk pada uncang kecil yang digunakan Momo untuk menyimpan barang-barangnya. Uncang itu bukan uncang biasa. Ia adalah poket dimensi yang boleh memuatkan pelbagai saiz barangan sebanyak manapun di dalamnya.

Momo mengengguk mengiyakan. Sena tersenyum. “Hurm~ boleh tahan.”

Dia membelek satu persatu barang ciptaan Momo. Kesemua barang ciptaan Momo biasa didapati di pasaran. Namun Sena cekap perasan keistimewaan barang ciptaan Momo berbanding barangan yang dijual di pasaran.

“Ini.. Semua barang ni tak perlu gunakan soul force?” Dia terkejut. Kebiasaannya barang-barangan artificier berfungsi apabila diaktifkan dengan soul force, namun alatan ciptaan Momo mempunyai sumber tenaga tersendiri tanpa memerlukan soul force untuk berfungsi. Alatan-alatan Momo, jika dijual di pasaran akan boleh laku dengan harga yang sangat tinggi! Walaupun Soul Force adalah tenaga asli setiap manusia yang ada tersimpan sejak lahir lagi, namun Soul Force boleh berkurang setiap kali digunakan dan memerlukan masa untuk dicas semula. Semakin canggih suata alatan, semakin banyak Soul Force yang disedut bagi menggunakan alatan tersebut. Alatan yang tidak perlu membazirkan Soul Force untuk menggunakannya, siapa yang tidak mahu?

Sena meneliti alatan Momo dengan penuh minat. Meskipun ada kekurangan dari segi rupa dan keefektifan reka bentuknya, namun bagi seorang artificier semuda Momo, tambahan pula baru mula belajar, pencapaian Momo tersangatlah memberangsangkan!

Alatan-alatan Momo kebanyakan dibentuk dari kayu swallow dan rig stone. Kayu dari pokok swallow terkenal sebagai kayu yang sarat dengan tenaga asli yang boleh menandingi soul force namun juga leceh untuk dibuat peralatan kerana rumit untuk diukir dan direka bentuk. Keberhasilan Momo mengukir dan membentuk alatan daripada kayu Shallow menunjukkan kecekapn seorang artificier dan ilmu mengawal soul forcenya sangat tinggi.

Masalah pada Rig Stone pula ialah ianya sukar untuk didapati. Hal ini sekali lagi mengundang kehairanan Sena.

“Momo, mana kau dapat Rig Stone sebanyak ni?” Soalnya. Sebelum ini StringFern, sekarang Rig Stone. 

“Kat rumah Momo ada banyak batu ni.” Jawab Momo jujur, tanpa mengetahui yang kebarangkalian untuk menjumpai Rig Stone di Alexandrez adalah cuma sepuluh peratus.

“Momo, kau tinggal dalam hutan ni?” Baru Sena perasan yang selama ini Momo begitu berani datang ke rumahnya yang terletak di sempadan dalam hutan Lumefantrine sendirian.

“Haah,” Bersahaja Momo menjawab. “Aki kata, batu-batuan, jade, tumbuhan berharga yang ada elemen tenaga kebanyakan tumbuh lebat dengan cara menyedut aura beast. Makin kuat beast tu, makin banyak tumbuhan yang berharga, yang susah nak dapat, yang akan tumbuh dekat dengan beast tu.” Momo berkongsi apa yang diajarkan Haraki kepadanya.

Sena terdiam. Fakta yang disebut oleh Momo itu sebenarnya tidak ada manusia pun yang tahu. Namun Sena terkecuali. Beberapa tahun ini, dia sibuk membuat kajian bagi menyelidiki kebenaran hipotesisnya itu. Sena tidak pula merancang untuk mendedahkan fakta itu kepada umum. Jika tidak, habislah manusia-manusia yang tamak akan meneroka dan menjelajah habitat-habitat beast. Meskipun manusia dan beast bermusuhan, Sena secara peribadinya tidaklah menyimpan apa-apa kebencian kepada makhluk itu.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now