Kerana tindakan tuntas Haraki dan Emperor Razhael, korban daripada serangan merata blood monster Two Face di Qishan dan juga kawasan pemerintahan Emperor beast berjaya diterhadkan kepada angka yang kecil.
Emhyr dengan kuasa blood Demonnya dengan mudah dan sekelip mata membersihkan majoriti blood monster-blood monster yang mengganas di kota-kota Qishan, manakala raksasa di pinggiran kota kerajaan Qishan pula diselesaikan oleh Imperial Knight dan Hadzuki.
Dan seperti jangkaan Haraki, Elemental King-Elemental King Momo di kawasan Amars tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan blood monster Two Face dengan bantuan Zeyan.
Gerak hati Nan Hen pula ternyata tepat apabila Two Face benar-benar mengirimkan juga 'hadiah'nya ke Gunung Montreal.
Sewaktu Nan Hen tiba di sana, rakyat Gunung Montreal sedang bergelut dengan banjiran blood monster manakala Haydem pula dalam rupa beastnya sedang bertarung sengit dengan seekor blood monster gergasi yang berupa manusia namun punya beratus kaki dan tangan yang tumbuh di badannya.
Nan Hen terus menggunakan kuasanya, membantu mereka menghapuskan blood monster-blood monster itu.
Meskipun mereka boleh dikatakan berjaya menghadang serangan blood monster Two Face kali ini, namun bilangan angkatan tentera blood monster Two Face yang begitu besar jumlahnya itu sangat memeranjatkan.
Saat ini, di ruang tamu rumah Haraki dan Nan Hen, ada tambahan Akari tanpa Momo di sisi. Mereka bertiga sedang duduk mengelilingi satu slate kosong.
"Atas arahan Akari dari clan Ikkigai, kembalikan slate ini berfungsi seperti asalnya." Lafaz Akari.
Batu Slate of Revelation yang diletakkan di tengah-tengah mereka itu bercahaya seketika sebelum cahayanya pudar hilang.
Kemudian, Haraki dengan penuh debaran menitiskan darah dari tapak tangannya ke atas slate kosong itu.
"Slate of Revelation," Seru Haraki.
"Kau boleh dengar aku?"
Di hadapan mata mereka semua, satu garis tulisan mula terlorek, huruf demi huruf.
'Selamat bertemu kembali, Tuanku Eimiere.'
Melihat slate itu telah berfungsi kembali, Haraki dan Nan Hen terus menghela nafas lega.
"Terima kasih, Puan Akari." Haraki tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah membaiki slate itu.
"Kenapa kau tak berfungsi sebelum ini?" Haraki terus menyoal batu itu.
'Kerana Tuan Mikael telah menggunakan spell Seraphnya ke atas aku menerusi satu lagi bahagian kepingan aku yang ada padanya.'
Dahi Haraki berkerut mendengarnya. Nampaknya benarlah tekaan Howl sebelum ini.
Selagi sebahagian lagi kepingan slate itu berada di tangan Two Face, selagi itu jugalah segala perancangan mereka boleh diketahui lelaki tersebut.
"Macam mana aku nak musnahkan slate pada tangan dia? Kalau aku guna cara yang sama seperti dia guna, adakah aku akan boleh rosakkan slate yang ada pada dia?" Soal Haraki.
Mereka boleh meminta tolong Akari ataupun Momo untuk melakukannya.
Jawapan dari slate itu kemudiannya muncul.
'Tidak, Tuanku. Spell berlevel tinggi itu cuma mampu digunakan oleh dua sahaja Seraph setakat ini. Alvys dari clan Ingel dan Putera Allawiey dari clan Imryl.'
Kemudian satu lagi baris tulisan muncul.
'Namun dalam keadaan Putera Allawiey sekarang, dia mungkin tidak mampu menggunakan spell itu.'
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...