Chapter 126 : Horclux Utama

573 64 8
                                    

Author's Note: Untuk pembaca2 setia yg terchenta~(ノ´ヮ')ノ*: ・゚

“Atas arahan Momo dari clan Ikkigai, dengan izin Tuhan, Heal !”

Satu cincin cahaya terbentuk mengelilingi Enkidu.

Betul-betul sebaik sahaja Momo habis melafazkan spellnya, lehernya dicengkam sehingga tubuh budak kecil itu terangkat dengan kaki tidak menjejak tanah.

David mencekik Momo dengan senyuman lebar di bibirnya yang masih terpalit darah.

“Clan Ikkigai!”

Dia menyeringai dengan suaranya yang masih begitu garau tersekat di kerongkong.

'Hah! dahulu clan Ingel, sekarang nampaknya giliran clan Ikkigai pula yang akan pupus!'

“Urkkkkk!!” Momo meronta-ronta cuba melepaskan diri dengan erangan kesakitan yang tersekat di kerongkongnya.

“Budak, nak aku ajar kau kuasa-kuasa Horclux yang yang kau sebagai waris aku boleh gunakan?”

“Nak! Nak! Nak!” Momo mengangguk laju dengan mata yang bersinar-sinar.

Victor tersenyum. Dia menjelmakan simbol Horclux utama yang bersinar di hadapannya.

“Ini kuasa pertama Horclux Utama yang aku akan ajarkan kepada kau.”

“Kuasa Enhancement.”


Satu lambang Horclux yang sangat besar dengan 6 simbol elemen muncul, terapung di belakang tubuh Momo.

Dahi David berkerut melihat lambang yang tidak dikenalinya itu.

Apa yang berlaku??

Lambang Horclux utama itu bercahaya terang dengan warna putih, sebelum dua simbol elemen, elemen Nature dan Metal masing-masing bernyala ke warna hijau dan kuning.

Zzassss!

Tangannya yang mencengkam leher Momo tiba-tiba terputus dari badan.

Batang pokok bercambah keluar dari tanah di bawah kaki Momo dan segera menyambut budak itu.

Otak David tidak sempat mencerna apa yang baru saja berlaku sehinggalah bahunya terasa kesakitan yang amat dan matanya melihat sendiri darah merah memancut keluar dari bahunya.

“Arghhhhhhhh!!!” David terus menjerit kesakitan sambil mencengkam bahunya.

Woooshh!

Pedang dua bilah berbentuk seperti boomerang milik Aries berputar di udara sebelum kembali ke tangannya.

“Kau!!” Mata David terjegil melihat darahnya yang terpalit pada pedang boomerang Aries.

‘Apa yang berlaku?? Kenapa dia tidak dapat mengesan langsung senjata perempuan ini yang melayang ke arahnya tadi?!’

Pedang boomerang di tangan Aries berubah rupa menjadi sebilah scythe.

Pada dahi Aries kini terdapat simbol elemen Metal yang bercahaya.

Aries tanpa menunggu terus mula menyerang David dengan senjatanya. Wajah wanita itu begitu dingin.

David pantas mengelak serangan demi serangan Aries.

Zasss!

Satu luka besar terhasil merentasi dadanya dengan darah memancut keluar.

Mata David membesar.

Apa yang berlaku?! Kenapa serangan wanita ini tiba-tiba jadi begitu pantas?!

Seorang seraph mempunyai kelebihan kekuatan dan kepantasan fizikal yang jauh menandingi makhluk-makhluk lain.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now