Perarakan itu berakhir dengan kemunculan chariot mewah yang dinaiki oleh Empress Shasha, isteri kepada Emperor Qishan yang kelapan sambil diiringi oleh dua susuk tubuh berpakaian kemas warna kelabu bertutup penuh dari kepala hingga ke kaki, cuma menampakkan sepasang biji mata sahaja.Menuruti Chariot itu dari belakang adalah Emperor Qishan sendiri, Emperor Razhael yang naik menggantikan Emperor Harlen tujuh belas tahun dahulu.
Baginda diiringi oleh perdana menterinya, Grand Vahriz, dan juga pengawal peribadinya, Mu Shan.
Haraki perlahan memicingkan matanya merenung Emperor Qishan kelapan itu.
Lelaki ini.. Meskipun wajah dan gayanya nampak lemah lembut dengan senyuman hangat yang sentiasa terpamer di wajah, namun di sebalik tubuh itu tersembunyi kekuatan yang luar biasa.
Lelaki itu jauh lebih kuat daripada Sighart, ketua general Imperial Knight.
Andai dia sendiri bertarung dengan Rhazael, hatta jika dia menggunakan kekuatan imperial beast Ryukan sekali pun, Haraki tidak dapat menentukan dengan pasti siapa yang akan menang di antara mereka.
_______
Setelah Parade tersebut habis, Haraki, Nan hen dan Momo berjalan pulang. Sambil itu mereka menyelusuri deretan gerai-gerai di tepi jalan sepanjang jalan pulang.
Haraki tenang berjalan di tengah sesak orang ramai, tidak mengendahkan mata-mata liar yang sibuk mengusharnya. Dia dan Nan Hen memang menarik perhatian ramai di mana saja mereka berada.
"Aki...." Suara Nan Hen memanggil perlahan dari belakang. Haraki tidak memberi respon.
"Aki...." Kali ini terasa belakang robenya ditarik lembut.
"Tak boleh." Tegas Haraki berkata, meskipun Nan Hen belum bersuara apa-apa lagi.
Nan Hen memuncung. Dia cuma mampu menjeling dengan geram gerai pastry yang baru dilepasi mereka.
Tidak berapa lama kemudian, mereka melepasi pula gerai custard."Aki.." Nan Hen bersuara lagi. Dia menelan air liur melihat aneka custard yang bersusun di atas meja gerai tersebut.
"Tak boleh."
Haraki menjawab entah buat kali yang ke berapa. Hakikatnya, sepanjang mereka berjalan pulang dari tempat parade tadi, Nan Hen akan bersuara setiap kali mereka melepasi apa-apa gerai manisan.Gerai pie apple.
"Aki...""Tak boleh."
Gerai bun panas.
"Aki....""Tak boleh."
Gerai aiskrim.
"A-""Tak boleh."
Wajah Nan Hen semakin lama semakin muram.
Haraki menjeling wajah cemberut adik tirinya. Dalam hati dia mengeluh. Semenjak Nan Hen menjejakkan kaki ke Alexandrez, adiknya itu seolah-olah telah membuka pintu ke dunia baru. Nan Hen yang selama ini hidup mengagungkan kek sudah mula pandai mengidam manisan-manisan yang lain.
Yang sakit kepalanya pastilah Haraki yang perlu mengeluarkan duit.
Meskipun dia mempunyai pendapatan sendiri (ehem dengan cara tertentu ehem) dan Momo juga memperoleh duit hasil dari jualan barang rekaannya, namun ianya cuma cukup-cukup untuk menampung makan minum tiga beast satu manusia di rumahnya.Dan juga Enkidu yang kadang-kadang menumpang makan di rumahnya.
Haraki tidak sangka di alam yang dia selamat dari buruan clan beast ini, dia perlu risau memikirkan soal wang pula.
Haraki berpaling pula ke kanannya. Mencari lagi seorang 'anaknya' dan matanya terus menangkap kelibat Momo yang sedang 'melekat' di sebuah gerai artificier.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...