Chapter 112 : Helene

548 62 9
                                    

Author's Note: Jeng-jeng-jeng! kali ni extra long chapter!

Sewaktu dia kecil, perkara kegemarannya adalah mendengar cerita ibunya.

Tentang kisah seorang wanita yang sedang hamil, mengembara bersama suaminya.

Namun malang menimpa mereka.

Di pertengahan jalan, berhampiran hutan, mereka dirompak.

Demi melindungi si isteri, sang suami terkorban. Di saat si isteri di hujung pedang si perompak, dalam tangisan air matanya, seorang lelaki asing datang menyelamatkannya.

Melihat wanita yang sedng mengandung itu tinggal sendirian, memangku jasad suaminya yang sudah tidak bernyawa dalam tangisan sehingga pengsan,

Lelaki asing itu akhirnya membawa wanita itu pulang ke kediamannya.

Apabila wanita itu tersedar, dek kerana kesedihan dengan pemergian sang suami tercinta, wanita itu cuba membunuh diri.

Namun berjaya dihentikan oleh lelaki asing yang menyelamatkannya.

Sejak itu, lelaki asing itu akan sentiasa menemani wanita itu, untuk mengelakkannya dari cuma membunuh diri lagi.

Lelaki asing itu menemani wanita itu dengan setia, cuba menghiburkan hatinya.

Sehingga akhirnya hati wanita yang terluka itu mula pulih. Dan mula terbuka semula untuk sang penyelamatnya.

Lelaki asing itu akhirnya melamar wanita itu untuk menjadi isterinya. Dia juga bersedia untuk menerima anak dalam kandungan si wanita sebagai anaknya.

Wanita itu menerima lamaran lelaki tersebut. Dan dia juga mula mengetahui identiti sebenar lelaki asing itu.

Lelaki itu adalah seorang raja kepada sebuah kerajaan di hutan bergunung-ganang tempat mereka tinggal.

Di bawah pemerintahannya, banyak makhluk yang dikenali sebagai Ancient Beast tunduk.

Wanita itu hidup dengan bahagia bersama dengan sang raja. Sehingga tibalah masa untuk kandungannya dilahirkan.

Pada suatu pagi yang nyaman, seorang anak perempuan yang sangat comel selamat dilahirkan.

Dan bayi itu dinamakan sebagai,

Helene.

Dan bayi itu adalah dirinya.

___________

"Jadi, lahirlah Helene ke dunia..." Helene mengakhiri ceritanya penuh bangga.

"Aummm~"

"Nghhhh!!!"

"Hisssss!!"

Bunyi pelbagai jenis haiwan bersorak menggantikan tepukan gemuruh selepas dia menghabiskan penceritaannya yang penuh bersemangat itu.

"Hahahahaha."

Howl yang sedari tadi mendengar anaknya bercerita kisah cinta antara dia dan isterinya sambil berbaring santai di atas dahan sebatang pokok akhirnya terlepas ketawa kecil.

"Papa!"

Helene yang baru perasan kehadiran ayahnya itu menggumam ceria.

"Baguslah anak papa ni bercerita." Howl memuji sambil melompat turun dari pokok tempat dia berada.

Dia mengangkat tubuh kecil Helene yang baru berusia empat tahun itu ke udara.

"Kya~" Helene ketawa suka.

Howl mengendong anaknya itu ke dalam dukungannya.

Atau lebih tepat lagi, anak tirinya.

"Papa," Helene tiba-tiba berbisik kepadanya, persis anak kecil yang punya idea untuk membuat onar.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now