Cansha Valley.
Hazel sendiri turut tergamam melihat wajah penyerangnya yang berseragam putih itu.
"Senior Aiden?!"Generasi muda seperti Sighart dan Yuratchka mungkin tidak kenal lelaki itu, tetapi Hazel cukup kenal penyerang yang digelarnya senior itu.
Lelaki itu adalah ketua general Imperial Knight sebelum Harlen menyandang jawatan tersebut, Aiden!
Dan seniornya itu sepatutnya sudah lama meninggal dunia!Aiden tidak memberi respon terhadap gumaman terkejut manusia-manusia di sekelilingnya. Sebaliknya, bagaikan robot, lelaki itu terus menyerang target utamanya, Hazel.
TING!!
Hazel menggunakan kipas tangannya untuk menangkis tujahan pedang Aiden. Sebelah tangannya mengepal penumbuk.
Berani mereka gunakan jasad seniornya untuk melakukan perkara-perkara ini!!
Sighart melompat untuk membantu Hazel, namun langkahnya tiba-tiba dihalang oleh seorang penyerang lain yang turut beruniform putih.
Namun Sighart lebih bernasib baik berbanding Yuratchka kerana dia sempat mengelak libasan pedang penyerang tersebut.
"Burn."
Woooshhhh!
Api merah menyambar dari pedangnya, menyebabkan penyerangnya terpaksa mengundurkan diri ke belakang.
Sighart mengambil peluang tersebut untuk turut melompat beberapa langkah ke belakang.Saat itu barulah dia perasan yang mereka, manusia-manusia di atas tembok saat ini sudah dikepung oleh dua puluh lima orang penyerang beruniform Imperial Knight. Ada yang beruniform hitam, dan ada juga yang beruniform putih.
"Hey, hey, hey... Seriuslah... Kita kena lawan dengan Imperial Knight sendiri??" Ray meramas rambutnya.
Wajah Seth turut berkerut. Jika dilihat daripada bilangannya, mereka ini adalah ke semua Imperial Knight dari setiap generasi emperor Qishan sebelum pemerintahan Harlen.
Tak.
Ada satu lagi generasi yang tidak ada menyerang sekali.
"Kau rasa kita ada pilihan lain???" Nash berkata lalu terus mengaktifkan skill pedangnya.
Berpuluh-puluh pedang muncul terapung di udara sebelum meluru ke arah Imperial Knight-Imperial Knight yang menyerang mereka.
Daewi dan Chuya turut ikut sama dalam pertembungan antara Imperial Knight itu.
"Cast."
"Bind."
Sera yang turut berada di situ melafazkan spellnya.
Tujuh orang Imperial Knight terus jatuh di bawah spellnya tidak mampu bergerak langsung.Sena tanpa berlengah mengeluarkan blade-blade kecil dari sakunya.
Sena mengawal blade-blade tersebut di udara dan terus mencantas urat-urat leher Imperial Knight yang berada di bawah spell Enchantment kakaknya itu.
"Sena!" Sera tiba-tiba berteriak cemas.
Sena cuma sempat melihat dari sisi matanya, satu susuk beruniform putih muncul di tepinya.
"Cast-"
"Urghhh!!!"Sebilah pedang tajam menembusi perutnya.
Zzzuupp!!
Sebatang anak panah pula menembusi bahu si penyerang Sena sebelum semua yang berada di sekeliling Sena sempat bereaksi apa.
"Pierce." Suara dingin Kenn kedengaran.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...