Chapter 53: Caster

539 82 7
                                    


"Hah! Hah!" Nash terduduk di lantai dengan nafas yang tercungap-cungap. Dadanya turun naik laju. Peluh dan darah menitik-nitik jatuh dari wajah dan badannya ke lantai.

Nash terasa dia tidak mampu untuk menggerakkan tubuhnya langsung kerana terlalu penat. Soul force dalam badannya telah pun habis digunakan. Pada saat ini, badan Imperial Knight itu penuh dengan luka-luka dan berlumuran darah.

Enkidu tidak menipu. Sifunya itu betul-betul akan berbuat apa sahaja untuk menghentikannya. Ini kali pertama Enkidu berlawan dengannya dengan penuh serius.

Dan Nash tidak mampu bertahan sampai lima minit pun

Enkidu merenung anak muridnya yang terduduk itu. Dia mengelus rambut hijaunya ke belakang bahu.
"Nash, kau takkan mampu kalahkan sifu. Dan kau juga tak mahu."

Nash menggigit bibirnya. Betul kata-kata sifunya itu. Hatinya masih berbelah bahagi antara melindungi Momo dan menangkap Momo.

Enkidu mengeluh perlahan melihat wajah muram Nash. Dia tunduk bertinggung di hadapan anak muridnya itu.

"Nash, kau dah cuba laksanakan tanggungjawab kau. Buktinya kau dah cedera teruk cuba untuk laksanakan kerja kau. Kau juga sanggup berlawan dengan sifu kau sendiri. Kau dah sedaya upaya cuba selesaikan tugasan kau." Tutur Enkidu lembut.

"Tapi, ada benda yang setiap individu tak akan mampu untuk lakukan. Keupayaan kau setakat di sini." Sambil berbicara, Enkidu mengusap luka-luka pada tubuh Nash dengan sehelai daun besar yang dikepit pada jari-jemari runcingnya.

Menuruti sapuannya, luka-luka pada tubuh Nash hilang begitu sahaja.

Nash terkedu seketika. Dia jadi teringat pada memorinya sewaktu kali pertama bertemu dengan Enkidu. Pada waktu itu, Enkidu turut merawat lukanya dengan cara yang sama.

"Sifu......"

Enkidu tersenyum mengusap lembut kepala Nash.

"Sifu... Aku nak pergi ke rumah Haraki... Aku bukan nak tangkap Momo. Aku cuma nak tengok apa yang dah berlaku.." Nash meminta perlahan.

Dia risaukan nasib ahli pasukannya. Harap-harap Haraki tidak membunuh mereka.
Enkidu tersenyum.

"Okay. Kau kumpulkan tenaga dahulu."

____________

"Cast. Bind."

Haraki cuba menggerakkan tangan dan kakinya, namun bagaikan ada rantai halimunan yang menggari anggotanya.

Tiga belas susuk berveil putih bersih sudah mengelilingi Haraki. Wajah mereka pula ditutpi dengan topeng muka berwarna emas.

Pada dada veil mereka terdapat jata berwarna silver.
Lambang Sect Caster.

Dan pada tengah-tengah lambang itu terdapat corak spiral dengan dua pusaran.
Sect Caster Class kedua.

Sighart juga jelas sekali terpinga-pinga melihat kemunculan manusia bertopeng itu.

"Aki!!"
Wajah Haraki terus berubah mendengar jeritan Momo.

Dua orang ahli Caster berveil keluar dari rumah Haraki. Seorang mengendong Momo yang sedang meronta-ronta, manakala seorang lagi pula memikul Lao yang nampak lemah.

Tubuh Lao penuh lebam-lebam. Caster itu membanting tubuh Lao ke tanah.

"Lepaskan Momo! Lepaskan Momo!!" Rontaan Momo semakin ganas. Budak kecil itu mengeluarkan sparrow dartnya dari kocek dan terus dengan sekuat hatinya mencucuk dart itu ke tangan Caster yang memegangnya.

"Arghhh!" Caster itu mengerang kesakitan dan dengan marah, dia terus menampar wajah Momo.
Wajah Haraki berubah gelap.

"Jangan berani-berani sentuh anak aku."
Sekelip mata, dia sudah berada di belakang Caster itu, membebaskan diri dari spell bind yang merantainya.
Tangan Haraki mencengkam batang leher Caster itu.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now