Chapter 63 : Kejutan

604 97 17
                                    

Hakk tidak pula menyerang Snow. Satunya kerana kini Hakk dapati yang Snow berlevel sama dengannya.
Lelaki itu adalah Holy beast sama sepertinya.

Yang kedua dan paling utama, hutan Albergerz adalah domain Snow. Lelaki iu punya banyak kelebihan jika bertarung dengan Hakk.

"L-Lord Snow, kami minta maaf. Kami tidak kenal rupa tuan." Guy dan Serin terus menunduk rendah meminta maaf kerana telah menyerang crohnos itu.

Snow cuma mendengus kasar.

"Lord Snow, kami tak berniat untuk membuat kacau di kawasan tuan. Kami cuma hendak menangkap lelaki di belakang tuan. Dia pengkhianat daripada clan kami, clan Phoenix dan kami hendak menangkapnya untuk dibawa pulang dan dihukum." Guy terus menyusun bicara.

Wajah Nan Hen berubah gelap mendengar kata-kata Guy itu.

"Pengkhianat? Apa yang dia dah buat?" Soal Snow berminat.

Guy terus mendedahkan bersemangat, "Dia telah mencuri barang berharga simpanan clan kami. Kemudian dia telah memusnahkan perkampungan clan kami dan juga clan Phyton."

Kening Snow terangkat tinggi mendengarnya.

Dia berpaling memandang Haraki.
Dia memegang dagu Haraki, mendongakkan wajah tampan itu memandangnya.

"Hey, budak. Beritahu aku, barang apa yang kau curi?"

Haraki menatap kembali mata Snow penuh berani. "Badan Imperial beast Ryukan. Aku sedut badan beast tersebut ke dalam badan aku."

Snow terdiam beberapa saat. Kemudian,

"HAHAHAHAHA!!" Dia ketawa besar. Semua yang ada memandangnya hairan.

"HAHAHAHA! Hey, budak ni tak bersalah. Imperial beast Ryukan memang milik dia." Snow berkata dalam tawa.

Semua yang mendengar begitu terkejut. Hatta Haraki sendiri.
Wajah Hakk turut berkerut mendengarnya.

Kemudian tawa Snow terhenti.

"Berani korang apa-apakan anak kandung Emperor beast Caesar?" Suara Snow berubah dingin.

Kali ini, kejutan yang mereka terima begitu besar.

"Apa maksud kau?!" Mata Guy terbeliak.

Haraki turut merasakan jantungnya berdegup laju.

"Hahahahaha. Sebelum tu, aku nak berterima kasih kepada Lord Hakk kerana menjaga dia selama ini." Snow menunduk hormat kepada Hakk yang masih terpempan kaku.

Bukankah Haraki adalah anak dari manusia hina itu?!

"Hey, budak apa nama kau?" Snow menoleh kepada Haraki.

"Haraki." Haraki refleks menjawab dalam kejutan yang masih dirasainya.

"Haraki? Hurmmm.. Boleh tahan." Snow mengurut dagunya. Kemudian dia berpaling semula kepada semua yang ada.

"Biar aku beritahu kalian semua. Tujuh belas tahun dahulu, Caesar berkahwin dengan seorang manusia dan isterinya telah mengandungkan anaknya. Yang tahu cuma aku dan bapa budak ni, Harlen." Snow menunding kepada Momo.

"Kemudian isterinya telah selamat melahirkan anak. Tapi malangnya pada waktu itu juga, satu berita besar tersebar di serata Qishan, Emperor beast Caesar telah membunuh Emperor Harlen. Berita ini telah mencetuskan permusuhan yang sangat hebat antara beast dan manusia. Dan keluarga isteri Caesar pada waktu itu mendapat tahu yang anak dikandungkannya adalah separuh beast. Walaupun mereka tak tahu yang anak tersebut, budak ni, bukan sahaja berdarah separuh beast, tapi juga berdarah emperor beast Caesar.

Jadi mereka membuat keputusan untuk membunuh bayi tersebut. Pada waktu itu juga, tempat ini, tempat kediaman Caesar telah diserang oleh manusia. Aku dihantar oleh Caesar untuk melihat keadaan anaknya. Isteri Caesar terus minta tolong aku untuk bawa lari anaknya. Tapi masalahnya, pada waktu itu, tempat Caesar juga telah diserang dan Caesar sedang bergelut dengan manusia-manusia yang ingin membunuhnya.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now