Di Cansha Hall milik Sect Master Ilya, beberapa individu hebat daripada beast dan manusia sedang berkumpul untuk bermesyuarat.Daripada ahli Imperial knight, Cansha Guard, Sect Master Hazel, Sena dan Sera, semuanya hadir di Cansha Hall pagi itu.
Dari kalangan beast pula ada Haraki, Enkidu, Lao, Tenshin dan Ao.Tidak dilupakan juga Nan Hen, manusia yang menghunikan beast di dalam badannya.
Pada saat ini, semua yang hadir sedang terkesima mendengar apa yang baru disampaikan Haraki.
".... Maksud kau, musuh kita sekarang adalah dari clan Demon, dan Demon bernama Zaizen ni juga kemungkinan besar ada kuasa untuk menghidupkan mereka yang telah mati??" Ray mengulang penuh tidak percaya apa yang diberitahu Haraki.
"Ya." Haraki menjawab serius.
"Jangan lupa juga Two Face, makhluk separuh Demon separuh Seraph di belakang Zaizen." Sena menghela nafas berat.
Bilik mesyuarat itu sunyi sepi seketika dengan suasana sekeliling yang bertambah muram.
"Buat masa ini, satu kota ini sekarang di bawah domain aku, jadi tak ada siapa-siapa yang boleh menceroboh masuk." Terang Haraki tenang.
"Melainkan kalau Zaizen atau Two Face sendiri turun padang." Tambah Haraki.
"Macam mana dengan Tuan Nan Hen? Tuan Nan Hen tak mampu kalahkan Demon tu ke?" Chuya menyoal perlahan.
Mereka semua yang berada di Cansha Valley saat Nan Hen bertarung dengan Inga telah menyaksikan kekuatan Nan Hen.
Dahi Haraki berkerut.
Dia sendiri tidak tahu sejauh mana kekuatan beast dalam badan Nan Hen.Namun, apa yang dirisaukannya adalah apabila Nan Hen menggunakan kuasanya, dia berisiko untuk menarik perhatian clan Seraph yang pernah memburu Nan Hen semasa dia kecil.
"Kalau Zaizen datang ke sini, sudah tentu aku akan gunakan kekuatan aku sehabis boleh untuk hentikan dia. Tapi aku tak tahu aku mampu kalahkan dia ataupun tidak. Kita sendiri tak ada idea sejauh mana kekuatan seorang Demon." Nan Hen membuka mulut bersuara.
Semua yang ada diam, dalam hati mereka akur dengan bicara Nan Hen.
"Master Ilya, macam mana dengan keadaan di Cansha Valley?" Haraki mengalih perhatian kepada Ilya.
"Ehemm.. Seperti yang kalian semua boleh lihat, Cansha Valley tak mampu menampung ke semua hampir seribu penduduk yang diteleportasikan ke sini. Jadi nak tak nak, kita terpaksa menghantar oramg-orang kita untuk menjalankan misi merampas balik kota-kota kecil di pinggiran kota utama Qishan." Ilya menerangkan situasi di kotanya.
Selepas Inga sekelip mata merobohkan keseluruhan tembok kota Cansha Valley, Haraki telah menggunakan kuasa Earth Master milik Pure Breed Silver Snake untuk membina tembok tanah tebal bagi membentengi kota tersebut.
Haraki juga membina tembok tersebut bukan di tempat asalnya, sebaliknya lebih jauh, untuk membesarkan lagi kawasan Cansha Valley.
Namun, ianya tetap tidak memadai untuk menampung pendatang-pendatang baru dari kota utama empayar Qishan.
"Errr, Master Ilya, ini..." Yuratchka akhirnya tidak dapat menahan diri dari menegur melihat keadaan pemilik kota Cansha Valley itu yang saat ini sedang dililit dengan batang lentur sebatang pokok pada sebelah tangan dan kakinya.
"Haih, ini contract beast aku... Biarkan dia." Ilya mengeluh perlahan sambil mengurut dahinya.
Sejak dia tercedera parah tempoh hari, Dhai, contract beastnya tidak mahu melepaskannya langsung, sibuk melilit tubuhnya penuh takut andai ada apa-apa yang tak dingini berlaku lagi kepadanya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...