'Demon?'
Melihat saja sepasang mata hijau zamrud itu, Loki tanpa berfikir panjang terus memenggal lengannya yang terkena titisan darah tadi.
Tiada siapa selain Demon yang lebih mengetahui bahaya darah kaum mereka sendiri.
Bercakap perihal Demon, Loki sendiri hairan dengan identiti seorang lagi lelaki yang telah dikerjakannya, lelaki berstatus emperor beast itu.
Lelaki tersebut jelas sekali punya sepasang mata hijau zamrud, satu ciri-ciri unik kaum mereka, namun lelaki tersebut tidak langsung mengeluarkan aura seorang Demon.
Berbeza dengan lelaki di hadapannya sekarang.
Pada belah tangan Loki yang baru dipenggal, darah yang memancut keluar terus membentuk satu tangan yang baru.
Kemudian dengan kadar yang begitu pantas, dengan menggunakan tangannya yang baru tumbuh, Loki merenggut leher Nan Hen yang sedang pucat menahan kesakitan supaya tubuh Nan Hen rapat kepadanya.
"Kau nak bunuh dia sekali?" Dia berkata dengan senyuman, memandang kepada Zeyan tidak jauh darinya.
Zeyan mengetap bibirnya. Lohong merah yang menitiskan hujan darah dari atas Loki terus mengecut dan tertutup hilang di langit.
Namun, serentak itu juga, Nan Hen tiba-tiba hilang dari cengkaman Loki dan muncul semula di posisi yang agak jauh dari Loki bersama dengan Haraki dalam papahannya.
Kemudian Nan Hen merenung tajam tubuh Loki.
Loki tiba-tiba mendapati tubuhnya sudah diteleportasikan betul-betul di hadapan Zeyan.
PAP!
Tangan Zeyan terus mencengkam batang leher Loki.
"Mati!"
Wajah Loki terus berubah biru dengan matanya yang terbeliak menahan kesakitan.
Zeyan melepaskan cengkamannya pada leher Loki, dan Demon itu terus tumbang ke tanah dalam keadaan tidak lagi bernafas.
Dia telah menggunakan kuasa Demonnya untuk membekukan semua darah dalam saluran tubuh Demon itu.
Namun,belum sempat dia menarik nafas lega, tubuh Loki yang terbaring di tanah sekelip mata melebur menjadi lopak darah merah.
"Wow, kau Demon dari bloodline Falkon. Dan kau juga ada Unlimited Blood, bermaksud kau adalah keturunan Demon Lord." Suara Loki kedengaran.
Mata Zeyan membesar melihat tubuh Demon Lord itu yang telah muncul semula tidak jauh darinya.
"Beritahu aku siapa ayah kau. Seryll? ..... Atau Sherwin?" Loki menyoal penuh santai.
Cuma dua Demon Lord itu yang merupakan Demon Lord dari Bloodline Falkon.
Demon bloodline Falkon mempunyai kuasa untuk mengubah sifat darah.
Kuasa Blood Property Manipulation.
"Oh ya, sebelum tu," Lelaki itu tiba-tiba teringat sesuatu.
"Aku tak boleh biarkan kau terus kacau keseronokan aku." Satu lagi Loki tiba-tiba terbentuk muncul betul-betul di sebelah Nan Hen.
Nan Hen yang terkejut tidak sempat bertindak apa apabila Demon Lord itu terus menetak belakang tengkuknya dengan sisi tangan.
"Ughh.."
Nan Hen rebah tidak sedarkan diri ke tanah bersama dengan Haraki yang dipapahnya.
"Macam mana kau boleh.." Zeyan masih lagi tidak mampu meneka bagaimana dua Loki boleh tiba-tiba muncul di posisi mereka sekarang.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...