Perjalanan mereka diteruskan dalam suasana yang sunyi sepi dan tegang. Masing-masing membuka telinga dan mata menereka, mengesan musuh yang boleh menyerang hendap bila-bila masa.
Langkah kaki Haraki dan Nan Hen serentak terhenti.
Mereka sudah tiba.
"Ahhh~ jumpa akhirnya. Penat aku berjalan jejaki korang . Cubalah korang duduk setempat je." Terdengar satu suara berkata santai.
"Tsk, kabus ni melambatkan pergerakan aku."
"Hey, asap putih ni boleh rosakkan kulit aku ke?"
Haraki memicingkan anak matanya, menghitung satu-persatu bilangan Demon-Demon yang telah mengepung mereka di sebalik kabus tebalnya.
Haraki menggenggam penumbuknya erat.
Sepuluh orang.
Walaupun aura yang dihembuskan mereka tidak sehebat aura Loki sebelum ini, namun ia tetap menekannya yang merupakan emperor beast.
Inikan pula Lao, beast celestial level sahaja. Saat ini, Black Panther itu sudah mengalamai kesukaran bernafas.
Mampukah mereka menghadapi sepuluh orang Demon serentak?
"Satu, dua, tiga.. empat. Aku nampak! Ada empat orang! Opps, bukan empat orang. Tiga orang dan satu beast."
"Ada budak kecillah!"
"Hurmm? Ada dua? Hey, si Zaizen tu tak beritahu pula yang waris Titan tu ada kembar!"
Wajah Haraki begitu tegang mendengar bicara santai mereka. Nampaknya walaupun dihalang kabus tebal, mereka masih mampu melihat dengan baik.
"Peduli apa! Bunuh saja mereka semua! Siapa yang dah bunuh Lord Loki harus mampus!" Satu suara berteriak kasar dan serentak itu, sebatang sabit besar panjang warna merah darah dihayunkan ke arah mereka berempat.
Pang!
Sabit darah itu berlaga dengan barrier yang didirikan Nan Hen mengelilingi mereka.
'Demon bloodline Serylaun!' Haraki membuat tekaan.
Dalam pada masa yang sama,
BOMM! BOMMM!! BOMMM!!
Bunyi letupan besar yang memekakkan telinga memenuhi hutan tebal itu apabila bola-bola putih cahaya kuasa Blast pure breed Golden Tiger yang dilepaskan Haraki menemui mangsanya.
"Tsk. Ada barrier!" Demon Serylaun bersabit tadi membentak kasar sambil separuh badannya yang sudah meletup mula tumbuh semula.
Namun Haraki tidak memberinya peluang, satu lingkaran cahaya terbentuk di leher Demon itu dan,
BOMM!!
Badan Demon itu meletup berkecai. Serentak itu juga, puting beliung flower petal yang sangat tebal mengelilingi barrier yang dibina Nan Hen.
"Biar aku yang cuba!" Satu teriakan teruja kedengaran, diikuti oleh seorang Demon yang telah berjaya membolos masuk puting beliung Haraki.
Meskipun dikisar ratusan ribu flower petal Haraki, tubuh Demon itu yang penuh luka-luka pada dagingnya sekelip mata sembuh seperti sedia kala berulang-ulang kali. Demon itu mengangkat kakinya tinggi dan melandaskan satu tendangan ke barrier Nan Hen.
KRAKK. PRANG!
Barrier Nan Hen pecah dimusnahkan tendangan Demon itu.
Wajah Nan Hen berubah pucat.
Kekuatan ini! Ini Demon bloodline Ulrich!
Dengan musnahnya barrier Nan Hen, Haraki terpaksa menarik semula kabus yang digunakan untuk melemahkan pergerakan demon-demon itu.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...