"Arghhh!!!"
Si Wielder berteriak kesakitan apabila blood monster di hadapannya merodok perutnya dengan gading panjang raksasa itu.
Seorang lagi Wielder lain yang ada di situ cuba membantu namun terlebih dahulu terpelanting, dibanting oleh ekor blood monster berupa biawak.
Di tanah, bergelimpangan tubuh-tubuh Wielder dan Artficier. Ada yang sudah tidak lagi bernyawa dan ada juga yang meringkuk kesakitan dengan nyawa-nyawa ikan.
Wielder yang tercampak tadi bersusah payah cuba untuk bangkit. Pandangannya yang dikaburi darah yang mengalir dari kepala memandang situasi sarat yang sedang menimpa mereka. Matanya menyapa tubuh-tubuh temannya yang sudah tumpas di sekeliling.
Kemudian, pandangannya jatuh pula kepada rakyat-rakyat biasa yang sedang berpelukan menangis ketakutan dengan badan yang berdarah penuh luka.
Habislah... Ini penamat mereka.
Di saat lelaki itu mula berputus asa, tiba-tiba,
"ROARRR!!!!"
Satu ngauman yang meremangkan bulu roma kedengaran.
Wajah si Wielder berubah pucat. Blood monster apa yang muncul kali ini?
Manusia-manusia yang ada di situ terus mengangkat wajah. Namun bukan rupa jelik blood monster yang menyapa pandangan, sebaliknya seekor harimau emas berbelang putih yang sedang berdiri di atas timbunan runtuhan bangunan.
Kemudian dari celah-celah bangunan lain, keluar berekor-ekor harimau berbulu emas!
"ROARRRR!"
Dengan arahan ketua mereka, harimau-harimau itu serentak menerkam ke arah semua blood monster yang membuat kacau di bandar itu.
Si Wielder terpempan kaku sebelum lelaki itu pantas mendongak ke atas. Melihat barrier hitam gelap yang menaungi seluruh kerajaan Qishan kini sudah tiada, senyumannya terkoyak lebar.
Pintu-pintu teleportasi dah dibuka! Mereka semua sudah tiba!
Mereka yang dahulunya adalah musuh ketat manusia, namun kini menjadi teman seperjuangan dan pembela mereka!
Siapa lagi kalau bukan kaum beast!
Apabila satu gerombolan baru blood monster tiba dan mengepung mereka, Feisha, ketua clan beast Golden Tiger mengaum sekali lagi.
"ROARRRRRR!!!!"
Daripada beast itu, muncul berpuluh-puluh bebola cahaya kecil yang berterbangan di udara, bagaikan kelip-kelip.
Semakin lama, semakin banyak bilangannya memenuhi udara sehingga menjadi bagaikan salji yang terapung-apung, tidak gugur ke bumi.
Bola-bola cahaya putih itu kemudiannya menderu laju ke arah gerombolan blood monster yang ingin menyerang.
POM! POM! POM! POM! POM! POM!
Bagaikan pertunjukan bunga api, letupan serentak berlaku di sana sini. Badan-badan blood monster yang disentuh oleh bola-bola cahaya putih itu bagaikan menyentuh bom. Semuanya meletup berkecai.
Sekelip mata, kawasan bandar itu bersih daripada sebarang blood monster.
Dengan terbukanya pintu-pintu teleportasi di seluruh bandar Qishan, kini beast-beast daripada clan Supreme beast dari Albergerez dan Allamiere mula masuk ke Qishan!
Tentera bantuan sudah tiba!
.........................
Di serata bandar-bandar kerajaan Qishan, situasi yang pada asalnya seperti tiada harapan kini berubah 180 darjah dengan kemunculan beast-beast.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...