Chapter 109 : Two Face

371 63 7
                                    


Haraki menelan air liur.

Pada saat ini, dia merasakan satu aura yang luar biasa kuat sedang menekan tubuhnya, menimbulkan kegerunan dalam hatinya.

"Tsk, tsk, tsk.. Zaizen, Zaizen. Sampai macam ni sekali kau jadi." Satu suara garau kedengaran.

Haraki yang masih lagi tertunduk cuma mampu melihat sepasang kaki bersarung seluar putih yang berhenti di sisinya dari hujung mata. 

"Pandang aku."

Sekali lagi, tanpa mampu dikawal, kepala Haraki terdongak ke atas.

Pada saat itulah, baru Haraki dapat melihat pemilik suara tersebut.

Seorang lelaki tinggi lampai dengan topeng yang menutupi wajahnya.

Topeng separuh senyum dan separuh menangis.

Haraki terasa hatinya mencerun turun.

Ini Two Face, makhluk berdarah separuh Demon dan separuh Seraph.

"Ohh?" Nada suara Two Face kelihatan teruja melihat wajah Haraki. Dia ketawa kecil. "Aku tak sangka akan jumpa keturunan lelaki itu di sini."

"Kau akan jadi penghalang aku di masa depan,
jadi aku tak boleh biarkan kau hidup." Nada suara lelaki itu berubah dingin.

"Scarlet,"

Tiba-tiba sahaja di bawah Haraki sudah dipenuhi lopak darah besar.

Mendengar seruan tuannya, tiba-tiba berpuluh-puluh mata menjijikkan timbul terbuka pada lopak darah tersebut.
Berpuluh-puluh anak mata bergerak-gerak liar.

"Masa untuk kau makan." Two Face berkata dengan senyuman.

Satu mulut besar terbuka betul-betul di bawah Haraki.

Belum sempat Haraki jatuh ke dalam mulut yang terbuka itu, jasad Haraki itu tiba-tiba hilang dari situ. Mata-mata pada lopak darah itu bergoncang bagaikan menggila melihat juadah mereka tiba-tiba menghilang.

"Hurmmm?"

Two Face berpaling melihat Haraki yang kini sudah berada di belakang Nan Hen dalam keadaan kedua-dua mereka masih lagi melutut.

Nan Hen mendongak bertentang mata dengan Two Face sambil menggigit bibirnya, menahan ketakutan yang menguasai hatinya.

Senyuman terkoyak lebar di sebalik topeng Two Face.

Satu idea 'menarik' timbul di fikirannya.

"Atas arahan Alvys dari clan Ingel,"

Hati Nan Hen dan Haraki kedua-duanya mencerun.

"Kau, bunuh dia." Mata Two Face jatuh pada Haraki yang masih mengenggam pedang Ember di tangannya.

Mata Haraki membesar.

Di bawah kawalan spell Two Face, dia sudah kembali berdiri dan tanpa berlengah, pedangnya dihayun turun laju ke kepala Nan Hen di hadapannya.

"Henhen!"

Urat-urat biru timbul pada wajah dan tangan Haraki. Dia sedaya upaya cuba mengawal anggota tubuhnya, namun tidak berjaya.

Dalam jarak sejengkal pedang Haraki hendak mencantas kepala Nan Hen, pedang warna ember berkilau itu terhenti di udara, dihadang oleh barrier dari space vacuum yang dibina Nan Hen untuk membentengi dirinya sebelum ini.

Dalam hati Haraki menghela nafas lega.

Nan Hen masih tidak lepas bertentang mata dengan Two Face. Peluh merenik turun dari dahinya.

Kening Two Face terangkat.

"Kau pewaris Aslan?"

Kemudian lelaki bertopeng itu ketawa besar.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now