Iura tersenyum manis. "Nak sikit?" Dia menyoal lagi. Kali ini dia menghulurkan pinggan hidangannya kepada Momo. Momo terus mengangguk laju dan menyambut pinggan itu dengan hati yang gembira. "Terima kasih, abang tampan!"Iura tergelak. Budak ini masih lagi bermulut petah dengan bodekannya. Iura dapat mengecam budak kecil yang pernah berniaga di dataran Qan'an itu.
"Tuan Iura," Seth tunduk hormat menegur Iura. Tidak sangka dia boleh terserempak dengan Iura di sini. Siapa tidak kenal dengan Nobleman Iura? Lelaki itu merupakan jutawan muda terkemuka di Qan'an yang sangat dihormati semua.
"Great Wielder Seth, Great Wielder Nash." Iura turut menunduk hormat kepada Nash dan Seth. Dia pandang pula kepada Haraki. Dia masih ingat lagi Haraki ada menemani Momo sewaktu budak itu berniaga di dataran Qan'an tempoh hari. Masakan dia boleh lupa, rupa Haraki memang menarik pandangan mata.
"Hai, aku Iura." Dia memperkenalkan dirinya. Haraki membalas, "Aku Haraki. Budak ini anak aku, namanya Momo." Dia memegang kepala Momo. Momo tersengih pada Iura.
Iura tersenyum, "Momo, ini adik perempuan aku, Mirza. Aku beli sepit rambut kau hari itu untuk dialah." Iura memperkenalkan gadis jelita di hadapannya kepada Momo.
Mirza tersenyum sopan. Kelihatan sepit rambut Momo terselit pada rambutnya yang begitu cantik didandan. Batu jade dari air senescence berbentuk kelopak bunga itu cantik berkilau warna merah jambu dengan sedikit keunguan, menambahkan lagi keyuan gadis muda itu. Memukau setiap pandangan mata.
Momo tersenyum lebar. Rasa gembira melihat sepit rambutnya digayakan orang. "Sepit rambut Momo cantik. Bila kakak yang cantik pakai, jadi cantik banyak sangat!"
Mirza tergelak. Amboi budak kecil ni, bodek tahap melampau!
"Terima kasih, Momo. Akak suka sangat sepit rambut ni." Tuturnya.
Mereka terus berbual tanpa mereka sedar berpuluh-puluh pasang mata milik pengunjung-pengunjung di restoran itu sudah melekat pada mereka. Dua imperial knight, pasangan adik beradik Noble family Iura-Mirza yang bagaikan dua orang putera dan puteri raja dan juga ditambah lagi dengan seorang lelaki tampan tidak dikenali bermata jade hijau berkumpul di satu meja,
Sungguh pemandangan di meja makan mereka memang sangat indah dipandang mata seolah-olah perkumpulan putera-putera raja di majlis istana.
Sewaktu mereka sedang menghabiskan makanan yang berbaki, tiba-tiba satu suara seorang perempuan riang menegur mereka.
"Abang Nash! Abang Seth!" Seorang gadis muda dengan senyuman berlesung pipit dan rambut panjang melepasi bahu datang menghampiri meja mereka.
Nash dan Seth terkejut melihat kehadiran gadis yang dikenali mereka itu. "Hanom!" Serentak mereka berkata.
"Marilah duduk sekali makan dengan kitorang." Pelawa Seth, memberikan ruang untuk gadis bernama Hanom itu duduk bersama mereka. Hanom tersengih, terus tanpa segan mengambil tempat di sebelah Seth.
"Ini Hanom. Kami mebesar bersama-sama. aku dan Nash dah anggap dia macam adik sendiri." Seth memperkenalkan Hanom kepada Haraki dan Momo.
"Hanom buat apa di Qan'an?" Soal Nash. Berbeza dengan mereka yang merupakan Wielder, Hanom adalah seorang Refiner yang berkerja membuat kajian tentang tumbuh-tumbuhan di sebuah makmal di Vencent, sebuah bandar agak jauh dari Qan'an.
Hanom tersengih. "Hanom datang untuk hantar stok herba ke kedai pemborong di sini. Ternampak abang Nash dan Seth dari luar tadi. Itu yang Hanom masuk untuk tegur."
"Ini Haraki. Itu anaknya, Momo." Seth memperkenalkan pula Haraki dan Momo kepada Hanom. Haraki memberikan senyuman ramah kepada gadis itu.
Hanom turut membalas senyuman itu. Dalam hatinya memikir, 'Mudanya lelaki ini sudah menjadi bapa'.
"Oh, mana ib-" Baru sahaja Hanom hendak membuka mulut bertanya tiba-tiba dia sudah dipintas oleh Nash,
"Hanom, makanlah ni. Rasa masakan dari Qan'an." Dia menghulurkan pinggan hidangan makanan yang berbaki kepada Hanom.
Hanom berkerut menyambut pinggan tersebut. Rasa pelik apabila Nash tiba-tiba memintas percakapannya.
Nash memberi isyarat mata kepada Hanom. Melarang gadis itu daripada bertanya lebih lanjut.
Haraki ketawa dalam hati. Lawak melihat Nash yang begitu bertimbang rasa cuba menjaga perasaan Momo.
Momo di sebelahnya pula tidak ada klu langsung tentang apa yang sedang berlaku. Budak kecil itu hanya fokus pada hidangan di hadapan matanya.
"Oh, ermm.." Hanom tertunduk. Faham dengan masuk isyarat mata Nash. Dalam hatinya berasa kasihan memikirkan apalah konflik keluarga yang dilalui oleh anak sekecil Momo.
Ya, konflik keluarga yang tidak pernah ada pun!
Haraki tersenyum dalam hati.
-----------------------------------
Author's note: Umm, chapter ni pendek sikit
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...