Chapter 29

630 82 3
                                    


Sesampainya di bilik, Aiha baring meniarap di atas katil dan kembali menyelak buku tersebut.

Meskipun hanya dua muka surat sahaja yang bergambar manakala bakinya penuh dengan tulisan yang tidak mampu difahaminya, Aiha tidak dapat menahan rasa hatinya untuk kembali membelek buku itu.

Matanya merenung lama lukisan raja yang dikelilingi dua belas tiang itu.
Jika dua belas tiang itu mewakili dua belas clan beast yang ditunjukkan di helaian seterusnya, adakah ini bermaksud yang lukisan raja tersebut mewakili raja segala beast, Emperor Beast?

Lagi satu persoalan yang bermain di fikiran Aiha adalah bagaimana ibunya boleh memiliki buku ini? Apakah asal-usul ibunya sebenarnya?

Apa yang Aiha tahu berkenaan ibunya adalah, ibunya bukan berasal dari mana-mana Sect dan merupakan rakyat Qishan biasa.

Dalam pada Aiha sibuk mengelamun itu, Maomao yang tadinya sibuk bermain sendiri memanjat naik ke atas katil dan dengan selambanya berlingkar di atas buku yang terbuka di hadapan Aiha.

Aiha, "........."

"Tepilah, Maomao." Aiha berkata dalam tawa.

Tubuh bulat Maomao ditolak ke tepi, turun dari buku itu.

Melihat tuannya menolaknya dari spot barunya itu, Maomao bangun. Kali ini dia naik pula ke atas belakang badan Aiha yang sedang meniarap.

Aiha ketawa makin kuat dalam payah. Tubuh contract beastnya ini boleh tahan berat!

"Maomao, turun. Badan kau beratlah." Arahnya lembut.
Maomao tidak mengendahkan arahan tuannya itu. Sebaliknya dia menggeliat manja di atas badan Aiha.

"Hahahaha." Aiha cuma mampu ketawa dengan perangai nakal contract beastnya itu.

"Aiha, " Tiba-tiba pintu bilik Aiha diketuk serentak dengan suara abangnya, Yuratchka kedengaran.

"Ya, " Terkejut, Aiha segera bangkit dan Maomao melompat turun dari belakang tuannya. Aiha mengambil Maomao, memasukkan Maomao ke dalam slot dimensinya.

Kemudian, dia menyorokkan buku yang sedang dibacanya di bawah bantal tidurnya.
Aiha melompat turun dari katil dan segera berlari membuka pintu biliknya.

Wajah serius abangnya terpacul di hadapan muka pintu.

Aiha menelan air liur. Jarang dia melihat abangnya bermuka serius sebegini.

"Err... Abang, ada apa?" Soalnya.

Tanpa sepatah kata, Yuratchka melangkah masuk ke dalam bilik Aiha dan melabuhkan punggunya di atas katil adiknya itu.

Dia mengisyaratkan Aiha untuk mengambil tempat di sisinya. Aiha menurut perintah abangnya.

Apabila Aiha sudah duduk di sisinya, Yuratchka mencapai lengan kanan Aiha dan membeleknya dengan teliti.
Aiha meneguk air liur. Abangnya sudah tahu ke berkenaan dia diserang oleh beast tadi?

"Sakit lagi ke?" Soal Yuratchka.

"Tak. Tak. Dah tak sakit dah." Laju Aiha menggeleng. "Lepas Great Wielder Kenn rawat Aiha, rasa sakitnya dah hilang terus."

Mendengar kata-kata Aiha itu, wajah tegang Yuratchka akhirnya mula kendur. Dia menghela nafas berat.
Yuratchka menarik adiknya itu ke dalam pelukan. "Nasib baiklah adik abang ni tak apa-apa." Ujarnya lega.

Masakan dia tidak risau, sudah dua puluh dua orang maut di tangan beast yang menceroboh masuk ibu kota Alexandrez itu.

"Abang jangan risau. Aiha tak apa-apa." Gumam Aiha dalam pelukan abangnya.
Yuratchka meleraikan pelukannya bila mana dia teringat sesuatu.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now