"Apa?? Clan Golden Tiger tinggal di Barat?" Aiha terkejut mendengar berita yang disampaikan Momo itu."Kalau macam tu, macam mana Maomao aku boleh berada di Hutan Lumenfantrine?" Dia mengalih pandangannya pada Maomao, beast harimau peliharaannya yang sedang dilatih bertarung oleh Nan Hen.
Momo cuma menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
"Mungkin Maomao tersesat kut?" Duga Momo.Dahi Aiha berkerut. Dari barat tersesat hingga ke selatan? Jauh sungguh!
"Tengok, diorang dah habis berlatih." Kata-kata Momo memecahkan lamunan Aiha.
"Maomao," Aiha mendepakan tangannya untuk menyambut Maomao yang kelihatan keletihan namun tampak ceria.
Maomao terus melompat ke dalam dakapan Aiha.
"Macam mana, Maomao? Wah, kau makin lama nampak makin handal berlawan." Puji Aiha sambil mengusap kepala harimau itu.
Saiz badan beast itu kini jauh lebih besar berbanding sewaktu kali pertama Aiha menjumpainya di Hutan Lumenfantrine.
Namun mujurlah sebagai seekor beast, Maomao boleh mengawal saiz badannya. Jika tidak makin susahlah Aiha hendak menyembunyikan Maomao di kediamannya.
"Rawww.." Sahut Maomao seolah-olah bersetuju dengan pendapat tuannya itu.
Tiga hari yang lalu, sewaktu Momo memperkenalkan Nan Hen kepada Aiha dan Maomao, lelaki tampan itu terus berleter melihat Maomao yang dilayan seperti binatang peliharaan, terlalu dimanjakan!
Setiap hari Aiha akan memberikannya makanan yang enak-enak sehingga bulat gemuk beast itu jadinya, bulunya juga semakin gebu dijaga dengan rapi oleh Aiha. Sewaktu kali pertama melihat Maomao, beast itu sebiji seperti bantal golek!
Beast manja seperti ini tidak akan mampu bertarung dan melindungi tuannya apabila diperlukan nanti!
Apalagi, terus Nan Hen me'nyekolahkan' Maomao dengan tuan-tuannya sekali pada saat itu juga.
Sejak hari itu, Nan Hen akan melatih Maomao bertarung setiap petang. Pada awalnya, mahu meraung Aiha dibuatnya melihat rejimen latihan yang berat dan sukar yang diberikan Nan Hen kepada kontrak beastnya.Beberapa kali jugalah dia menyerbu pergi melindungi Aiha, mengganggu latihan mereka.
Sehingga akhirnya, Nan Hen mengurungnya di dalam sebuah barrier yang dibina lelaki itu, membuatkan dia tanpa pilihan lain hanya mampu menguis tanah kesedihan melihat Maomao didera dengan latihan-latihan berat.
Namun lama kelamaan, hatinya semakin tabah. Tambahan pula dia dapat melihat perubahan ketara dari segi keupayaan kombat Maomao. Malah beast peliharaannya itu sudah mula pandai mengawal saiznya dan membesarkan saiz badannya menjadi seperti harimau dewasa.
Nan Hen juga ada memberitahunya berkenaan kemungkinan Maomao adalah pure breed dan kepentingan melatih Maomao untuk mematangkan crystal core dalam tubuhnya.
Aiha juga tidak sabar untuk melihat Maomao mula memanifestasikan kuasanya.
"Nanti kau dah cukup kuat, kita boleh berlawan." Aiha mengusap tengkuk harimau itu.
"Dah, dah. Masa rehat dah tamat. Sambung, sambung." Nan Hen menyampuk perbualan mesra tuan dengan beast itu, mencapai tengkuk Maomao dan membawanya pergi untuk sambung berlatih.
"Maomao~" Aiha memanggil dengan berat hati.
"Raww~" Maomao cuma mampu memandang tuannya itu dengan sepasang mata yang bersinar kesedihan.
Jangan pisahkan kami~Momo di sebelah sudah memegang perut menahan ketawa.
"Dah, dah. Tak payah nak drama sangat. Aku bukannya bawa kau ke mana pun." Setelah agak jauh dari Aiha, Nan Hen melepaskan Maomao ke tanah.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...