Separuh bahagian atas badan dua ekor beast yang berdiri di hadapan Sparrow terpisah dari bahagian bawahnya, jatuh dari kaki mereka ke tanah dengan darah yang memancut keluar.Ray menjilat bibirnya.
Blade Wind.
Ia adalah satu skill berlawan menggerunkan yang dikuasai ahli Imperial Knight itu. Dengan hanya membelah udara dengan pedangnya, serangannya boleh dihantar terus ke arah lawan di hadapannya.
Seolah-olah libasan pedangnya menghasilkan angin yang sangat tajam, setajam mata pedangnya.Sparrow terkoyak senyuman lebar melihat manusia yang telah sekelip mata berjaya membunuh dua beast level star suruhannya itu macam tiada apa. Tambahan pula lelaki ini langsung tidak terkesan dengan aura beast celestial level yang dilepaskannya.
Dia sudah jumpa! Dia sudah jumpa lawan yang boleh menguraikan kebosanannya!
Mata Sparrow bersinar teruja bagaikan kanak kecil yang baru dibelikan mainan.Ray ketawa melihat reaksi di wajah beast basilisk itu.
"Beast, nampaknya kita sama. Dua-dua dahagakan lawan yang kuat. Yang suka membunuh. Yang sukakan darah." Ujarnya sebelum sepantas kilat satu libasan wind blade dihantar kepada Sparrow sehinggakan beast itu tidak sempat berbuat apa.
Darah hitam pekat mengalir keluar dari satu garis luka merentasi dada beast itu. Namun luka itu tidak dalam.
Mata Sparrow membulat sebelum senyumannya makin lebar. "Hebat! Kau manusia pertama yang berjaya cederakan aku." Walaupun dia tidak berasa sakit langsung dari luka tersebut.
Sepasang kening Ray turut terangkat tinggi. Dia tidak sangka yang serangan wind bladenya hanya mampu menghadiahkan lawannya satu garis luka dasar sahaja. Kebiasaannya serangannya tadi boleh membuatkan tubuh lawannya terbelah dua.
Dia tersengih. Sudah diagaknya, beast celestial level memang bukan calang-calang lawan. Darah anak mudanya bergelojak hebat penuh teruja.
Tanpa menunggu lagi, Ray terus melonjakkan tubuhnya ke hadapan, melancarkan serangan pertama. Bertubi-tubi serangan diajukan kepada Sparrow dengan kadar yang sangat pantas.
Namun beast celestial level itu langsung tidak panik dengan ketangkasan dan kepantasan serangan Ray. Sebaliknya dia mampu mengelak serangan demi serangan Ray dengan baik, dalam pada masa yang sama, turut menyelitkan penumbuknya kepada Imperial Knight itu.
Lama mereka bergelut, Ray banyak kali berjaya melukakan Sparrow dengan pedangnya, namun kulit basilisk yang terkenal ampuh itu membuatkan Ray hanya berjaya menghadiahkan luka-luka kecil sahaja di badan beast itu.
Ray menghayunkan pedangnya melancarkan satu lagi serangan ke badan Sparrow. Kali ini beast celestial level itu cekap menangkap bilah pedang Ray dengan tangan kosong sahaja. Sparrow tersengih.
Namun dia terkejut bila Ray turut tersengih sama.
Ray menyalurkan lebih banyak soul force ke hujung bilah pedangnya, dan terus dia menghayun pedangnya kuat, melepaskan bilah pedangnya dari cengkaman tangan Sparrow dengan cara mengerat putus sekali ke semua jemari kanan Sparrow yang mencengkam pedangnya.
Sparrow memandang tangan kanannya yang sudah 'tumpul' dan basah dengan darah hitam yang tidak berhenti-henti mengalir keluar. Beast itu berasa kagum dengan Ray yang mampu memutuskan tangannya yang diselaputi sisik basilisk yang terkenal sangat ampuh mengalahkan logam terkuat di dunia!
"Macam mana, beast?" Ray angkat kening dua kali tersengih. Namun tubuh lelaki itu sudah basah dengan peluh dan nafasnya sudah agak tercungap. Untuk mengukuhkan pedangnya tadi, dia telah menggunakan begitu banyak soul force.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...