Sekeliling mahligai itu dikelilingi oleh sebuah barrier yang tidak kelihatan di mata.Tambahan pula, barriernya bukan berlevel biasa-biasa kerana Haraki sendiri yang berlevel emperor beast tidak mampu melepasinya.
Sedangkan barrier yang didirikan oleh Snow pun mampu Haraki musnahkan dengan tangan kosong."Benar, tuanku. Selepas mengebumikan ahli clan Silver snake di dalam, budak itu mendirikan barrier di sekeliling mahligai ini. Mungkin kerana tidak mahu jasad di dalam diganggu." Terang Albert.
"Menarik." Komen Haraki.
Kemudian di sekeliling Haraki muncul berpuluh-puluh bilah pedang cahaya yang terapung di udara.
Apabila Haraki memetik jarinya, ke semua pedang-pedang tersebut meluncur laju menyerang barrier di sekeliling mahligai itu.
Namun sebaik sahaja bertembung dengan barrier itu, pedang-pedang cahaya tersebut yang pecah berderai.
Haraki tergamam seketika.Kemudian, menggunakan kuasa penetrance milik pure breed Wolverin, Haraki memanjangkan tangannya, cuba menembusi barrier itu namun tetap tidak berjaya.
Manusia mana yang masih lagi budak tetapi sudah mampu mendirikan barrier seampuh ini?
"Aki," Tiba-tiba Nan hen bersuara. "Biar aku cuba?"
Haraki mengangguk. Nan Hen melangkah mendekati barrier itu. Tangannya dihulurkan ke hadapan menyentuh barrier halimunan tersebut.
Nan Hen memejamkan matanya dan mula mengaktifkan kuasa beast yang tersimpan di dalam tubuhnya.
Perlahan-lahan, rambut coklat Nan Hen semakin memanjang dan berubah ke warna putih. Corak-corak lingkaran emas merayap keluar dari kolar bajunya dan naik ke dagu.
Albert yang menyaksikannya tergamam. Bagaimana manusia ini mempunyai aura beast?!
Nan hen berada dalam posisi itu agak lama. Dahi putih pucat Nan hen sedikit berkerut.
Beberapa saat kemudian, Nan hen membuka mata dan menurunkan tangannya dengan senyuman. Kulit putih pucatnya kembali seperti sedia kala dan lingkaran emas di lehernya turut memudar dan menghilang.
Namun mata dan rambutnya mengambil masa untuk kembali seperti sedia kala.
"Berjaya?" Haraki merapati Nan hen.
Nan hen mengangguk. "Tapi barrier ini memang berlevel sangat tinggi. Aku susah nak percaya ada manusia mampu untuk dirikan barrier seampuh ini."
Haraki memanjangkan tangannya ke hadapan, kali ini tidak ada lagi barrier yang menghentikan pergerakannya.
"Aku lagi kagum dengan kau yang berjaya pecahkan barrier yang aku pun tak berjaya pecahkan." Haraki memandang mata Nan hen.
Beast apa sebenarnya yang menghuni badan Nan hen yang mempunyai kekuatan yang lebih hebat dari levelnya, emperor beast?
Nan hen menggeleng. "Aku tak pecahkan barrier itu. Aku cuma tarik semula barrier tu."
"Maksud kau?"
"Aku gunakan kuasa aku untuk ambil alih dan kawal barrier ini." Nan hen mendemonstrasikan kuasanya, mendirikan semula barrier tadi.
Haraki menyentuh barrier yang muncul kembali itu dengan rasa terkejut.
"Kau boleh ambil alih domain orang lain?"Nan hen mengangguk. Dia menghilangkan semula barrier yang didirikannya tadi.
Haraki tersenyum. "Cuba kau ambil alih domain aku." Serentak itu, Haraki membangunkan domainnya sendiri di sekelilingnya.
Nan hen mendekati Haraki, dan seperti tadi, dia melakukan perkara yang sama kepada domain Haraki.
Dan Haraki benar-benar dapat merasakan dia hilang kawalan ke atas domainnya sendiri.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasiDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...