"Macam mana dengan Momo?" Sena melangkah mendekati Haraki yang sedang membasahkan tubuh Momo di sisi sebuah besen berisi air.Dia baru selesai memasang barrier Primary level mengelilingi kawasan kediaman Haraki.
Langkah kaki Sena terhenti seketika apabila matanya jatuh pada lambang bulat terang bercahaya pada belakang badan bersih Momo.
"Ini! Kenapa kau tak beritahu aku pasal tanda ni?!" Suara Sena naik tinggi kerana terlalu terkejut. Dia tunduk menyentuh belakang Momo.
Momo yang masih lagi tinggi suhu badannya, sedang melelapkan mata dengan badan lemahnya ditampung oleh tangan Haraki. Nafas budak kecil itu masih turun naik laju.
"Tanda tu baru sangat muncul. Kenapa? Kau tahu ke pasal tanda tu?" Soal Haraki. Dari tadi wajahnya serius melihat keadaan Momo.
Sena menggeleng. "Aku tak tahu apa tanda tu. Tapi aku tahu siapa lagi yang ada tanda yang sama."
"Siapa?" Mata Haraki bertembung dengan mata Sena.
"Emperor Harlen."
Dahi Haraki berkerut mendengar nama itu.
Lelaki itu lagi! Begitu banyak persamaan antara Emperor Qishan yang ketujuh itu dengan Momo. Adakah semuanya satu kebetulan, atau memang antara Momo dan Harlen ada pertalian?Haraki diam seketika sebelum bersuara.
"Seminggu ni kau menghilangkan diri, Momo kata kau sedang menyiasat sesuatu. Apa yang kau siasat tu, ada kena mengena dengan Harlen kan? Bagitahu aku segala benda yang kau tahu." Suara Haraki tegas berkata.Sena terdiam seketika sebelum akhirnya mengeluh lemah.
"Sebenarnya selama ini, aku sedang berada di bawah kekuasaan satu spell caster. Spell tu namanya Memory Lock, satu spell yang boleh mengunci memori seseorang berkenaan sesuatu perkara. Terima kasih kepada Momo, aku berjaya bebaskan diri dari spell tu.
Memori aku yang dikunci tu, hakikatnya adalah memori tentang apa yang terjadi tujuh belas tahun dahulu. Memori tentang konspirasi pembunuhan Emperor Harlen. Tuanku Harlen hakikatnya dibunuh oleh Emperor Qishan sekarang, Emperor Razhael."
Wajah Haraki dan Lao yang turut mendengar berubah tegang.
"Maksud kau, Emperor Beast kami, Emperor Caesar sebenarnya telah difitnah dan dia telah dibunuh oleh kaum kau atas kesalahan yang dia tak lakukan?" Suara Haraki keras kedengaran.
Walaupun dia tidak pernah pun melihat emperor beastnya itu, namun Emperor Beast merupakan satu identiti yang sangat penting bagi mereka kaum beast. Emperor beast Caesar adalah raja mereka.
"Ini...." Sena tidak mampu menjawab soalan Haraki tersebut. Dia dikuasai rasa bersalah.
"Aku minta maaf."Haraki tersenyum sinis. "Tak apa. Bukan salah kau pun. Maksudnya Razhael tu merampas kuasa lah?"
Kali ini, mendengar soalan Haraki, Sena mempamerkan senyuman pahit."Sebenarnya... Razhael bukan merampas kuasa. Istilah yang lebih tepat adalah, dia mendapatkan semula takhtanya."
"Maksud kau?" Soal Haraki.
"Aku pernah cakap kan yang pemerintahan empayar Qishan adalah pemerintahan monarki? Razhael adalah anak Emperor Raizel, emperor Qishan keenam. Dia adalah pewaris sah emperor." Terang Sena.
"Tapi bukan ke Harlen ditabalkan oleh emperor keenam untuk mewarisi takhtanya?" Sampuk Lao.
Sena mengeluh lagi. "Aku pun baru tahu hal ini setelah buat siasatan mendalam. Takhta emperor yang diduduki Tuanku Harlen sebenarnya bukan diberikan oleh emperor keenam.
Tuanku Harlen hakikatnya.. merampas kuasa. Baginda telah membunuh emperor keenam, emperor Raizel."
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...