( Author's Note: Semua kejadian dalam chapter ni terjadi sebelum chapter sebelum ni (chapter 33), sebelum Momo terjumpa Nan Hen. Ada part yang di'italic'kan tu adalah dialog yang diungkapkan dalam bahasa beast. )
Di dataran lapang di hadapan mahligai Lord Phoenix Hakk, hampir seratus orang ahli clan Wolverin dalam rupa manusia dikumpulkan. Masing-masing pakaian mereka lusuh dan compang camping, dengan tangan mereka bergari rantai besi yang berat.
Di hadapan mahligai agam yang indah tersergam itu, tahanan-tahanan perang itu cuma mampu terlutut lemah dengan wajah yang tertunduk suram. Suasana di dataran itu hening dan dipenuhi aura kesedihan.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki sasa, tinggi lampai dengan wajah penuh bongkak memunculkan diri dari dalam mahligai itu. Pakaiannya nampak mewah bergaya, sarat dengan pendant-pendant emas yang bergantungan, dengan sehelai veil labuh warna merah keemasan simbolik clan phoenix tersangkut di bahunya.
"Tuan Guy," pahlawan-pahlawan clan Phoenix yang berjaga di situ menyambut kedatangan tuan muda clan itu.
"Humph!" Guy memandang tahanan-tahanan clan Wolverin itu dengan mata yang jelas sekali memaparkan kejelikan dan kejijikan.
"Dasar beast-beast lemah." Dia membuka telapak tangan kanannya. Bebola api merah yang cantik menyala dan meliuk lintuk di atas telapak tangannya.
Tahanan-tahanan clan wolverin itu dapat mengagak nasib mereka seterusnya. Namun tidak ada seekor pun beast-beast itu yang menangis meraung minta dilepaskan. Semua mereka lebih rela mati daripada merayu di telapak kaki ahli clan phoenix yang bongkak dan kejam itu.
"Hey, apa korang tunggu lagi?! Merayu lah pada aku supaya aku lepaskan korang!" Guy naik beran melihat tidak ada seorang pun ahli clan Wolverin yang menangis merayu seperti yang diharapkannya.
"......................."
Suasana sunyi sahaja. Tidak ada seorang pun yang sudi memenuhi harapan lelaki bongkak kejam itu."Humph! Kalau macam tu, masa untuk korang mati!" Usai sahaja Guy berkata, bebola api di tangannya menjadi semakin marak dan bagaikan hilang kawalan terus meluncur laju ke arah-arah kumpulan tahanan itu. Api merah membara tersebut bagaikan hidup mempunyai roh sendiri, ia menjilat dan menelan dengan sekali lalu seluruh tawanan-tawanan itu.
Terdengar teriakan-teriakan kesakitan tawanan-tawanan itu apabila tubuh mereka dimakan api phoenix yang panas membahang itu.
"Berhenti!!!!" Satu suara lantang kedengaran datang dari pintu gerbang mahligai milik Lord Phoenix Hakk itu.
Seorang lelaki berwajah cantik tampan yang mampu memukau semua pasang anak mata, dan segak dalam sepasang pakaian mewah, dengan rambut coklat panjangnya diikat ekor kuda tinggi, keluar dari mahligai itu dalam keadaan bergegas.
Lelaki itu bernama Nan Hen, anak bongsu Lord Hakk, juga anak emas ketua clan Phoenix itu.
Wajah putihnya merah padam melihat apa yang berlaku di hadapan matanya.
"Berhenti!!" Namun arahannya telah terlambat. Api tersebut telah pun habis menelan kesuluruhan tawanan-tawanan itu. Yang tinggal cumalah abu-abu tanpa meninggalkan tulang belulang pun di atas tanah dataran tersebut."Tcchh!" Guy jelas sekali tidak suka dengan kedatangan lelaki itu.
Nan Hen menggenggam penumbuknya. Tangannya yang menggeletar jelas menunjukkan yang dia sedang menahan marahnya. Urat-urat timbul di dahi putih bersih Nan Hen.
"Kau..." Nan Hen terus berpaling ke arah Guy.
Sekelip mata sahaja dia sudah berada di hadapan Guy, dan tanpa lelaki itu sempat bereaksi apa, Nan Hen melompat, berpusing di udara sebelum satu tendangan padu sebelah kaki dilayangkan kepada Guy.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...