Shadow Fox, Reversed Blood Clan
Jantung Kenn terasa terhenti seketika.
Ao?
"A-apa maksud tuan?" Nafas Kenn tersekat di dada. Dia melangkah perlahan mendekati Reimier.
Reimier yang masih tunduk mengusap musang hitam itu berkata, "Beast ni adik kau yang kau cari selama ini."
Kemudian dia mengangkat kepalanya memandang Kenn. "Adik kau Ao sebenarnya adalah seekor shapeshifter yang dikutip oleh Aslan."
Kenn terasa satu tubuhnya bagai dipanah petir.
Apa Reimier kata? Semua itu tak betul kan? Mustahil!
Wajah Kenn berubah pucat.
"Aku tak percaya..." Dia tergeleng-geleng."Ayah kau tak beritahu siapa-siapa pun pasal identiti sebenar Ao. Termasuk aku. Dia sangat berhati-hati. Tapi seminggu sebelum kematian dia, dia pesan dengan aku satu perkara, untuk tolong jaga kau dan Ao andai ada apa-apa berlaku." Reimier mula bercerita.
"Bila aku tanya dia ada apa-apa masalah ke, dia cuma sebut satu ayat ni,
'Nampaknya mereka dah tahu identiti sebenar Ao.'
Bila aku tanya apa maksud dia, ayah kau cuma senyum dan tak jawab soalan aku. Bila aku dapat berita pasal kematian ayah kau, dan dapat tahu yang dia dibunuh oleh beast, aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
Kemudian kau beritahu aku Ao hilang. Aku mula terfikir kemungkinan yang Ao sebenarnya adalah beast yang ditangkap malam tu. Tapi lepas tu, mereka kata beast tu telah pun dibunuh, jadi aku tak ada peluang untuk buktikan spekulasi aku."Sambung Reimier.
"Kenn, cuba kau tengok beast ni betul-betul." Reimier mengangkat lembut dagu beast yang terbaring lemah itu. "Mata dia tak ke sama dengan mata Ao?"
Kenn tergamam menatap sepasang mata biru jernih yang sejak dari penjara tadi memandangnya sayu.
Kerana selama ini dia dikuasai kebenciannya, dia tidak pernah mengambil masa sejenak untuk melihat rupa beast itu betul-betul.
Sepasang mata musang itu memang sangat mirip dengan mata Ao.
Jantung Kenn berdegup kencang.
Dia teringat ratusan rama-rama biru yang telah melindunginya di istana tadi. Bukankah rama-rama itu serupa dengan rama-rama yang selalu menemani adiknya?
Kenn terlutut lemah di hadapan musang itu.
"A-Ao?" Suaranya bergetar memanggil.
"Wuuuuu..." Musang itu menyahut. Meskipun tubuhnya lemah, mata birunya bersinar gembira.Dengan susah payah, beast itu bangun, bersandar manja di lutut Kenn.
Setitis demi setitis air mata Kenn menitis.
Apa yang dia telah buat selama ini? Dia bukan sahaja gagal melindungi Ai tetapi dia juga telah cuba untuk membunuh adiknya sendiri!
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...