Chapter 94 : Imperial Knight

491 68 4
                                    


"Great Wielder Nash, aku tak boleh biarkan kau bunuh penduduk kota ini."

"Walaupun kau tahu apa yang menghuni badan mereka?" Nash menyoal dingin.

"Ini arahan daripada emperor." Peak master itu berkata dengan riak wajah yang tidak berubah.

Nash mendengus kasar. "Kota ini dibawah jagaan aku. Rakyat-rakyat di dalam kota ini juga di bawah jagaan aku. Dan aku tak akan biarkan tbuh-tubuh mereka diduduki oleh makhluk-makhluk jelik ni setelah kematian mereka!"

"Great Wielder Nash, ini arahan daripada emperor!" Peak Master Zhao turut menaikkan suaranya.
Serentak itu, berpuluh-puluh bilah pedang muncul terapung di sisinya.

Peak Master ini juga punya skill yang sama seperti Nash, skill untuk menggandakan senjata mereka.
Puluuhan pedang itu meluncur laju serentak ke arah Nash.

"Heh."
Nash menjentik jarinya dan puluhan pedang tersusun cantik mengelilinginya, menjadi bagaikan dinding yang membentenginya daripada serangan pedang Zhao.

Bunyi puluhan pedang berlaga saling membingit.

Apabila serangan Zhao berhenti, Nash kekal tidak terusik di dalam benteng pedangnya.

"Peak Master Zhao, kau nak cuba bertanding untuk tengok skill siapa lebih hebat ke?" Imperial Knight itu tersenyum sinis.

Wajah Peak Master Zhao berubah gelap. Dia tahu Nash bukan lawannya.

"Great Wielder Nash, kau nak mengkhianati emperor?!" Peak Elder di sebelah Zhao berteriak keras.

"Emperor apa yang sanggup bunuh rakyatnya sendiri untuk biakkan binatang ni?" Balas Nash dengan wajah yang begitu dingin sekali.

"I-ini untuk kebaikkan kerajaan Qishan sendiri!" Balas Peak Elder itu sedikit tergagap.
Nash jadi begitu berang mendengarnya.

Baru sahaja dia hendak membuka mulut membalas, satu suara lantang kedengaran,

"Ahhhh~ Bla-bla-bla-bla, banyak cakaplah korang ni."

Semua yang ada di situ serentak menoleh ke arah suara tersebut.

Seorang lelaki dalam uniform hitam Imperial Knight yang berwajah tampan berserta senyuman liar di wajah berjalan dengan tenang ke arah mereka.

"Ray!"

Ray memandang penduduk bandar di sekeliling mereka yang masih lagi mengerumuni Nash dan Seth.
"Mereka semua ni bukan manusia kan?" Soal lelaki itu santai.

"Ya." Nash dan Seth menjawab serentak.

"Hohhh~" Ray mengoyak sengihan lebar.

Dengan satu hayunan besar pedang yang tiba-tiba muncul di sebelah tangannya, tubuh-tubuh penduduk bandar yang mengeliling mereka terus terkerat dua atas bawah di bahagian dada.

Darah merah pekat bersemburan keluar bagaikan pesta darah.
Tubuh-tubuh itu terus terkulai lembik di lantai jalan.

Dahi Seth berkerut.

Walaupun dia tidak gemar dengan cara Ray yang sangat brutal itu, namun dia terpaksa akui, cara Ray paling efektif untuk menamatkan nyawa Gu-Gu yang banyak ini dengan pantas.

"Orang tua," Ray mengangkat pedangnya. Dari bawah tempat dia berada, Imperial Knight itu menghalakan mata  pedangnya ke arah Peak Master Zhao yang berada di atas bumbung bangunan itu.

"Kalau korang tak mahu nasib yang sama, jangan banyak mulut." Ujarnya dengan senyuman licik di wajah.
Para Wielder di atas bumbung itu meneguk air liur.

Gu-Gu yang masih hidup di dalam badan penduduk bandar  mampu menganalisa situasi yang sedang terjadi kini. Melihat kemunculan Ray yang menghabisi nyawa konco-konco mereka cuma dengan sekali hayunan pedangnya, mereka tahu mereka tidak boleh berharap kepada ahli-ahli sect Wielder.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now