Chapter 13: Teman Baru

770 86 7
                                    

  Momo memerhati sekeliling, mencari tempat yang sesuai untuk mempraktis alatan barunya. Dia kini sedang merayau di sebuah kawasan terpencil yang dipenuhi pokok di bandar Qan’an.

Tadi dia bersiar-siar di pasar utama di bandar Qan’an untuk men’survey’ barangan artificier terbaru di pasaran. Selepas itu, dia terus mencari tempat yang di sesuai di bandar itu untuk berlatih.

 Momo akhirnya terjumpa spot yang memuaskan hatinya. Dengan cekap, dia memanjat sebatang pohon dan bertenggek di atas salah satu dahan pokok itu. Momo mengeluarkan satu kristal bersaiz agak besar berbentuk hummingbird dari poket bajunya. Hanya muncung hummingbird itu sahaja tidak diperbuat daripada kristal, sebaliknya daripada logam emas. Bentuk muncung itu tirus tajam, berfungsi seperti dart (anak panah). Ini adalah rekaan terbarunya, sebuah dart.

Momo memfokuskan soul forcenya pada sebiji buah pear yang tergantung dari ranting sebatang pokok yang agak jauh dari lokasinya. Kemudian, dia terus melontarkan dartnya ke arah buah itu.

Kerana jauh, lontarannya jelas sekali jauh dari sasarannya, namun di pertengahan jalan, di udara, dart burung itu tiba-tiba seolah-olah hidup, mengibaskan sayap kristalnya dan mengubah hala tujunya tepat menusuk ke dalam buah pear itu. Buah pear itu terus jatuh ke tanah.

“Yess!” Momo menjerit riang melihat eksperimennya berjaya. Dengan menggunakan soul forcenya, Momo memanggil semula dart hummingbird itu melayang pulang ke tangannya.

Momo melompat turun dari pokok dia berada. Sambil menyimpan semula dartnya ke dalam poket, dia berlari pergi mendapatkan buah pear yang dipanahnya tadi.

Momo tunduk menuti buah pear yang dah tergolek di tanah itu dan dengan selamba menjamahnya. Tiba-tiba bunyi libasan senjata menarik perhatiannya. Momo terus memanjat naik pokok pear di sebelahnya itu. Dari atas pokok itu, dia memerhati sekeliling, mencari sumber bunyi itu.

Mata Momo hinggap pada seorang remaja lelaki yang sedang berlatih seni pedang sendirian berdekatan dengan pokok tempat Momo berada. Momo ternganga kekaguman melihat tarian pedang lelaki itu. Sebelum ini, Momo beberapa kali pernah curi-curi menghadiri kelas sect Wielder dan melihat mereka berlatih pedang. Namun seni pedang lelaki di hadapannya ini jauh lebih kemas dan cantik. Tubuh lelaki berpusing dengan penuh elegan sambil menghayun pedangnya, dengan setiap langkah kaki yang sangat teratur penuh pesona, seolah-olah sedang menari. Mata Momo bagaikan digam kukuh, tak mampu meninggalkan lelaki itu.

Malangnya, lelaki itu tiba-tiba perasan kehadiran Momo. “Siapa tu?!” Sergahnya. Lantas terus melontarkan pedangnya meluncur laju hanya 10 sentimeter dari sisi Momo sebelum berdesup menusuk betul-betul ke batang pokok di belakang Momo.

“Woahh!” Momo yang terkejut dengan serangan yang tidak diduga itu terus hilang keseimbangan lalu terjatuh dari dahan pokok dan terlentang di atas tanah.

Bam!

Bunyi yang kuat kedengaran bila badan Momo menimpa tanah.

‘Aduhhh..’ Momo mengaduh di dalam hati. Momo yang terlentang di tanah memejamkan matanya. Bila sudah terbaring begini, ditambah pula dengan rasa sakit yang menjalar ke seluruh belakang tubuhnya saat ini, terasa malas pula dia untuk bangun.

Remaja lelaki itu sudah mendekati. ‘Budak?!’ Dia terkejut melihat seorang budak lelaki kecil yang sedang terlentang di atas tanah. Remaja lelaki itu menelan air liur apabila mata Momo masih terpejam seolah-olah tidak sedarkan diri. ‘Budak ni pengsan ke?’

Teragak-agak, dia bertinggung di sebelah Momo. “Hoi.” Panggilnya dengan hujung jari mencuit bahu Momo. “Hoi.” Ditolaknya sedikit bahu Momo. “Kau pengsan ke?”

Merasai bahunya dicuit, Momo malas-malas mengangkat kelopak matanya. Terus dia terpaku memandang wajah yang sedang menunduk betul-betul di atas kepalanya itu.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now