Kerajaan Isseria.
Tik. Tik. Tik. Tik.
Darah merah pekat berjijisan jatuh dari tubuh Akari.
Tanpa menghiraukan luka parah pada tubuhnya, Akari melangkah keluar dari kediamannya dengan wajah yang tegang dan pucat.
"Akari, kau nak ke mana?" Seorang perempuan berjalan ke sisinya, menghalang langkah wanita itu. Kemudian matanya membesar melihat pakaian Akari yang sudah basah dengan tompokan darah besar pada bahagian perutnya.
"Akari, kenapa dengan kau?!" Perempuan itu berkata terkejut.
Tanpa menghiraukan perempuan itu, Akari berjalan melepasinya.
"Akari!" Perempuan itu segera menarik lengan Akari. "Berhenti! Kau nak ke mana?! Dan perut kau cedera tu!"
"Anak aku! Anak aku dalam bahaya!" Akari akhirnya bersuara. Wajah yang selama ini sentiasa tidak beriak seperti patung tanpa perasaaan, di saat ini, jelas sekali terpamer kecemasan dan panik.
"Luka parah macam ni, cuma boleh terhasil kalau penerima spellnya itu adalah seorang demon! Anak aku dalam bahaya sekarang!"
Perempuan di hadapan Akari tergamam. Cuba menghadam berita luar biasa yang baru didengarinya itu beberapa saat.
"Huh?!! Kau ada anak?! Bila masa kau kahwin?!"
Bukankah setiap masa rakan karibnya ini cuma terperap di dalam rumah?
Dan kini Akari memberitahunya bukan setakat dia sudah berpasangan malah juga sudah beranak??
Melihat kawannya itu yang masih tercengang dan lambat bereaksi, Akari mula hilang sabar. Sekali lagi dia berjalan melepasi perempuan itu.
"Hey, hey. Okay, okay, aku tak banyak tanya dah. Sekarang beritahu aku kau nak ke mana?" Perempuan itu berjalan kembali dan berhenti di hadapan Akari, memandang Akari dengan wajah serius.
"Pergi ke anak aku. Di bumi." Jawab Akari dengan wajah berkerut.
Mata perempuan di hadapannya terbeliak. "Anak kau ada di bumi?? Kau berkahwin dengan manusia??" Meskipun dia sudah berkata yang dia tidak akan banyak soal, namun rasa terkejutnya membuatkan mulutnya laju juga melepaskan soalan.
"Cynthia, ke tepi." Akari berkata dengan nada dingin.
Wajah gadis bernama Cynthia itu berkerut.
"Akari, aku tak tahu macam mana kau boleh dapat anak ni. Tapi kau lupa ke sekarang ni kau siapa? Kau Seraph Lady. Kau tak boleh tinggalkan Iseria! Kalau tak Iseria akan runtuh!" Cynthia mengingatkan.
Kerajaan Iseria adalah sebuah kerajaan awan yang terapung di udara terima kasih daripada kewujudan tujuh orang Seraph Lady yang menyokongnya.
Jika walau seorang dari Seraph Lady ini mati atau meninggalkan Iseria tanpa pengganti, kerajaan awan ini akan runtuh menimpa bumi.
Akari terdiam, namun matanya mula memerah.
"Tapi itu anak aku, Cynthia. Anak kandung aku dalam bahaya." Akari memejamkan matanya sektika sebelum membukanya semula.
Pada sepasang mata kuning keemasannya bersinar satu tekad.
"Aku tak peduli apa akan jadi pada kerajaan ini." Dia sekali lagi berjalan melepasi Cynthia.
"Berhenti."
Langkah kaki Akari terhenti. Cynthia telah menggunakan spell ke atasnya.
"Kau rasa aku tak mampu lepaskan diri dari spell kau, Cynthia?" Tutur Akari dingin.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...