Mata Hakk menyoroti sekeliling kawasan itu, mendarat pada Nan Hen, kemudian berhenti pada Haraki.Nan Hen terasa jantungnya terhenti seketika melihat pandangan ayahnya.
Dia tertunduk rasa bersalah."Haha, Haraki! Kau dah tak ada peluang untuk larikan diri lagi. Walaupun kau menyerah, kau tetap tak akan terlepas!" Cemuh Guy bongkak dan bangga.
Nan Hen terus berdiri di hadapan Haraki, membentengi lelaki itu.
Mata Guy menjegil. "Humph, ayah tengoklah tu! Anak kesayangan ayah dah jadi pembelot! Dasar budak tak kenang jasa! Korang berdua memang sejenis!" Guy bising membentak marah, membakar api persengketaan antara Nan Hen dan ayahnya.
"Hoho, apa ni? Konflik keluarga?" Edmund ketawa suka menyaksikan apa yang berlaku.
Hakk tidak berkata apa. Cuma matanya menatap Nan Hen lama.Nan Hen turut tidak bersuara apa untuk membela dirinya. Cuma kakinya langsung tidak berganjak dari hadapan Haraki.
Guy tidak mampu bersabar lagi.
Dia melepaskan dua sacred fire berbentuk phoenix yang terbang laju menyerang Haraki, dalam pada masa yang sama dia sendiri turut maju menyerang.Hakk tidak pula menghalang.
Dua adik beradik Noble dari clan Basilisk yang ada tidak mahu ketinggalan merebut Imperial beast dalam badan Haraki.
Mereka turut berlari menyerang Haraki dalam pada masa yang sama menyaluti tubuh badan mereka dengan sisik Basilisk.Nan Hen terus menghentikan kemaraan Noble First, bertarung dengan lelaki itu dan meninggalkan Haraki untuk berlawan dengan Guy dan Noble Second, dan juga dua ekor phoenix api.
Haraki tidak menyerang langsung, sebaliknya dia cuma bertahan, mengelak segala serangan daripada empat lawan serentak dengan teratur.
"Hey, hey, Haraki. Apa cerita? Cepatlah guna kuasa beast kau." Ejek Guy sambil menyerang Haraki bertubi-tubi.
Meskipun begitu, dalam hatinya terasa sebal apabila sedari tadi tidak ada satu pun serangannya mahupun serangan dua ekor phoenixnya yang berjaya menyentuh Haraki.
Haraki tidak terusik langsung dengan pancingan Guy. Dia terus mengelak dengan pantas.
Apabila kaki Noble Second, Serin melayang ke kepalanya, Haraki terus menahan tendangan tersebut dengan lengannya.
Dahi Haraki sedikit berkerut menahan tendangan kaki bersisik Serin yang hakikatnya sangat berat itu. Kali ini Haraki membalas, mengangkat kaki panjangnya tinggi tepat mengenai dada Serin.
Namun Serin tidak beranjak langsung, sebaliknya dia menyeringai lebar.
"Hahaha. Kau geletek aku ke apa, Haraki? Aku tak rasa apa-apa langsung dari tendangan kau ni!!" Serentak itu Serin melancarkan tumbukannya ke dada Haraki.
Haraki menyilangkan dua lengannya, menahan tumbukan Serin. Namun dia terdorong ke belakang dibuatnya. Kedua-dua lengan Haraki terasa berdenyut-denyut sakit menahan tumbukan itu.
Haraki terus menggunakan soul forcenya untuk memulihkan tulang tangannya yang patah.
Tanpa apa-apa senjata, mustahil dia boleh mencederakan sisik ampuh Serin menggunakan soul forcenya."Ieeeeeekkk!!!"
Haraki tidak sempat berfikir lama apabila dua phoenix api Guy terbang hendak menyambarnya.
Haraki mengelak, melarikan diri dari phoenix-phoenix tersebut.Dalam pada itu, dia melompat mematahkan sebatang dahan panjang sebatang pokok berhampiran dengannya.
Dia perlukan senjata.Haraki mengalirkan soul forcenya ke dahan pokok tersebut.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasiaDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...