Chapter 103: Begining of the War

525 62 6
                                    

Author's Note: I'm back! TQ for all the good wishes. Still tak berapa sihat lg tapi dah ada mood menulis dah, yeahhhh٩(ˊ〇ˋ*)و

Haraki dan Nan Hen saling berpandangan.

Haraki menelan air liurnya sebelum bersuara menyoal.
"Siapa sebenarnya Zaizen?"

Perlahan-lahan tulisan baru mula terukir;
Manusia separuh Demon daripada clan Demon Yakhsha.

Manusia separuh demon?

Nampaknya Zaizen lebih kurang seperti Momo. Lelaki itu bukan berdarah Demon tulen. Jadi kekuatannya mungkin lebih rendah berbanding Demon tulen.

"Kenapa mereka hendak tangkap Momo?"
Haraki meneruskan soalannya.

Kali ini jawapan daripada slate itu begitu memeranjatkan.

Bagi menghidupkan semula emperor Harlen.

"Apa hubungan Zaizen dengan emperor Harlen?"

Emperor Harlen adalah satu-satunya teman sepermainan Zaizen semasa kecil yang akhirnya terpisah sewaktu remaja.

Rupa-rupanya Zaizen dan Harlen pernah ada sejarah lama.

"Kenapa Zaizen hendak hidupkan Harlen sedangkan dia yang bunuh Harlen?"
Haraki tidak mengerti minda Demon itu.

Bagi menguasai dan meletakkan emperor Harlen di bawah kawalannya.

Haraki menggenggam penumbuknya.

Andai Zaizen berjaya menghidupkan semula Harlen dan mengawal lelaki itu.. Haraki tidak mampu membayangkan betapa punahnya perasaan Momo jika dia melihat perkara tersebut berlaku.

"Apa pula misi Two Face?"

Membawa porak-poranda kepada dua clan terkuat, clan Seraph dan Demon.

Membunuh waris First King Victor.

Waris First King Victor adalah Harlen dan Momo lah kan?

Sekarang ini, Harlen sudah tumpas di tangan Zaizen. Maka sasarannya yang tinggal cumalah Momo!

"Bagaimana cara untuk kalahkan Two Face?"
Haraki akhirnya mengajukan persoalan paling penting itu.

Dia dan Nan Hen menanti ukiran jawapan daripada slate itu penuh debaran.

Lama slate itu kosong tanpa jawapan, sebelum akhirnya tiga baris tulisan terukir.

Waris First King Victor dan enam Elemental Kingnya.

Pewaris clan Titan yang juga pemimpin kerajaan Montreal.

Keturunan Prince Eimiere, lelaki dengan tiga jenis darah kaum mengalir dalam badannya.

Dahi Haraki berkerut.

Kunci yang pertama untuk mengalahkan Two Face adalah Momo. Namun dia tidak ada idea langsung berkenaan dua lagi kunci yang tertulis.

Clan Titan?
Clan apakah itu?

"Siapa-"

Bicara Haraki terhenti. Matanya membesar dan jantungnya terasa bagaikan terhenti seketika.
Riak wajah lelaki itu terus berubah.

Barriernya telah diceroboh!

Momo!

_________

"Semua boleh ingat apa Momo ajar tadi?" Momo memandang satu persatu wajah kecil polos di hadapannya dan menyoal serius ala-ala seorang guru.

"Ingat, senior!" Tiga ketul kepala mengangguk-angguk laju. Di tangan masing-masing terdapat manisan-manisan yang berjaya mereka beli dengan harga murah hasil dari ilmu tawar-menawar (bodek-membodek) yang diturunkan Momo.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now