Chapter 77 : Allamiere

543 67 2
                                    


Akhirnya masa yang diatur untuk Haraki dan Nan Hen bertolak ke Allamiere telah pun tiba.

Haraki tunduk bertinggung di hadapan Momo.

"Hey, Momo. Jangan nakal-nakal tau masa aku tak ada. Kalau pergi ke mana-mana pun, pastikan Lao ada sekali." Haraki menarik kedua-dua belah pipi gebu Momo.

"Okayyyyy.." Momo tersengih menampakkan gusi merah jambunya.

"Nak peluk?" Haraki mendepakan tangannya dengan senyuman lembut. Momo terus menjatuhkan tubuhnya ke dalam dakapan Haraki.

Dia memeluk tubuh lelaki itu erat-erat dengan tangan kecilnya. Ini kali pertama dia dan Haraki akan terpisah secara dirancang.

"Jangan risau. Aku pergi tak lama pun." Haraki mengusap belakang Momo.

"Umm."

"Aki jaga diri elok-elok tau."

Haraki ketawa perlahan. "Okay."

Dia meleraikan pelukannya setelah agak lama. Dia mengusap kepala Momo.

"Bila aku balik nanti aku nak cuba pill ciptaan kau. Pastikan pillnya pill rainbow."

Herma terus menjegilkan matanya mendengar pemintaan melampau anaknya itu.
Di Cansha Valley ini pun cuma dia, Lee dan sect Master Ilya sahaja yang mampu menghasilkan rainbow pill!

Nan Hen di sisi Haraki turut memeluk dan memberikan kata-kata semangat kepada Momo.

"Lao, jaga Momo elok-elok."
Nada Haraki cuma datar, namun Lao mampu mendengar seribu satu amaran dan ancaman yang tersembunyi di sebalik bicara emperornya itu.

"Baik, boss." Lao menelan air liurnya yang terasa kesat.

Haraki berpaling pula kepada ibunya.

Herma tersenyum. "Nak peluk?" Dia meniru gaya Haraki, mendepakan tangannya.

Haraki tergelak lalu mendakap tubuh Herma.

"Hati-hati." Pesan Herma lembut.

Haraki memejamkan matanya. Dia langsung tidak terfikir yang akan tiba suatu hari di mana dia dapat merasai pelukan hangat ibunya sendiri.

"Umm."
Dua beranak itu meleraikan pelukan mereka.

"Nan Hen?" Herma mendepakan pula tangannya kepada Nan Hen yang dari tadi cuma memerhati.

"Eh?" Nan Hen tergamam. Dia pun termasuk sekali?

Herma masih menanti dengan tangannya yang terbuka.

Dengan wajah yang merah padam, Nan Hen maju memeluk wanita itu.

"Hati-hati." Pesanan yang sama.

Kelopak mata Nan Hen turun, menutupi sinar matanya. Tiada siapa mampu menafsirkan riak wajahnya saat ini.

"Terima kasih." Ujarnya perlahan.

Setelah itu, Nan Hen dan Haraki memulakan pengembaraan mereka ke hutan Allamiere.

____________________

Angin dingin bertiup memasuki sebuah perkampungan yang begitu berhampiran dengan hutan tebal Allamiere.

Hakikatnya perkampungan itu tidak sesuai lagi dipanggil sebagai perkampungan. Hatta isi kampung tersebut landai kosong langsung tidak berorang.

Kesunyian yang menguasai kampung itu memberikan suasana yang boleh meremangkan bulu roma.

Tiba-tiba di perkampungan yang sudah lama terabai itu, muncul dua figura tinggi lampai. Pakaian mereka kemas dan rupa mereka sangat tampan, begitu kontra dengan suasana muram kampung itu.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now