Chapter 78 : Clan Golden Tiger

625 71 1
                                    


Tanpa sedar, Nan Hen meneguk air liur. Aura membunuh yang bersinar pada sepasang mata itu membuatkan dia betul-betul rasa tidak selesa.

Nan Hen terus melarikan matanya. Apabila tangannya hendak menyentuh cendawan berdekatan kakinya, tiba-tiba sebentuk bulatan cincin bersinar muncul di bawah kakinya, mengelilinya.

Jantungnya berdetak dengan amaran. Tanpa berfikir panjang, Nan Hen terus menteleportasikan dirinya.

"POM!!!!"

Tidak sampai satu saat dia berteleportasi, satu letupan besar berlaku betul-betul pada tempat dia berdiri tadi.

Nan Hen di sebalik sebatang pokok berdekatan menghela nafas lega di dalam hati. Dia terbayang tubuhnya yang berkecai kepada beberapa cebisan andai dia terus berdiri di situ tadi.

Dalam pada masa yang sama, Nan Hen pantas mengimbas situasi sekelilingnya, mengesan beast paling berhampiran. Matanya terhenti pada susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri bersembunyi paling berhampiran dengannya.

Terus, sekali lagi Nan Hen menteleportasikan dirinya betul-betul di belakang lelaki itu.

Cincin yang sentiasa tersarung di jari telunjuknya berubah menjadi sebilah dagger. Dia cekap meletakkan bilah dagger itu dekat di batang leher lelaki itu. "Siapa kau?" Soal Nan Hen.

Namun, alangkah terkejutnya Nan Hen apabila tubuh lelaki itu bepecah menjadi ribuan bola-bola cahaya kecil.

'Oh, tidak.'

"POMMMMM!!!"

Letupan kedua menggegarkan hutan itu. Kali ini lebih kuat berbanding sebelumnya.

Tidak jauh dari situ, seorang lelaki yang punya wajah yang sama dengan susuk yang ditangkap oleh Nan Hen tadi memicingkan matanya ke arah tempat Nan Hen berdiri yang kini dipenuhi asap berkepul-kepul.

Lelaki itu berfikir dalam dengan dahi berkerut.

Tadi, sebelum manusia (Nan Hen) itu tiba-tiba hilang dari tempat letupan pertama, sekilas lalu, dia dapat merasakan aura beast darinya.

Tapi mustahil. Lelaki itu jelas sekali adalah seorang manusia.

Apabila asap yang memenuhi kawasan itu mula pudar, mata lelaki itu terbeliak apabila melihat manusia itu masih tegak berdiri utuh pada tempat yang sama tanpa sedikit kotoran langsung pun pada dirinya.

Kemudian dia melihat manusia itu mengangkat kepalanya.

Dan sepasang mata manusia itu yang kini terdapat lingkaran emas di dalam anak matanya tepat menentang pandangannya.

Entah kenapa, dia terasa jantungnya bergetar dengan ketakutan tanpa mampu dikawal.

Kemudian baru dia terperasan sesuatu. Di sekeliling manusia itu, terdapat satu lapisan hemisfera nipis yang hampir tidak kelihatan oleh mata kasar.

Itu... domain?!!

Pandangan mata ahli clannya tidak setajam matanya. Mereka tidak mampu melihat domain itu dan terus melompat keluar dari tempat persembunyian mereka, menyerang manusia itu.

Lima ekor harimau besar berbulu kuning keemasan melompat keluar dari semak menerkam ke arah Nan Hen.

"Whoooshhhh!!!"

Belum sempat Nan Hen berbuat apa, satu lingkaran api merah menyala tinggi mengelilinginya, membantutkan serangan harimau-harimau itu.

Susuk tinggi lampai Haraki sudah pun berdiri di hadapannya.

Api tersebut kemudiannya hilang begitu sahaja cuma dengan sekali sapuan tangan Haraki.

"Clan phoenix?"

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now