Memori: Momo & Harlen (Extra)

517 73 1
                                    


Sebaik sahaja si kecil Momo yang berusia tidak sampai setahun itu membuka matanya, yang pertama sekali terlihat di sisinya adalah wajah tampan ayahnya yang sedang tidur dengan mata rapat terpejam.

Momo terus menyeringai lebar menampakkan gusi merah jambunya.

"Pa~pa!" Dua tangan comelnya menepuk-nepuk pipi ayahnya untuk membuka mata lelaki itu. Namun Harlen masih lagi tidur lena tidak terusik langsung.

Wajah Momo mula masam. "Pa! Pa!" Panggilnya lagi. Kali ini, bukan sahaja pipi ayahnya ditepuk, malah ditarik dan dicuit-cuit sekali.

Namun Harlen masih tidak bereaksi.

Mulut Momo memuncung.

Harlen yang sedari tadi sedang 'tidur' sedaya upaya cuba menahan bibirnya daripada tersenyum sehingga terasa sengal otot mukanya.

Comel sungguh anaknya!

Hati nakalnya ingin terus mengusik Momo.

"Pa!!" Momo memanggil lagi.

Melihat tiada lagi reaksi,

Tuppp!
Dua jari kecil Momo menyumbat lubang hidung Harlen setiap satunya.

Harlen, "............"
Siapa ajar anaknya buat benda sebegini?!!

Meskipun dua-dua lubang hidungnya sudah disumbat dengan jari Momo, Harlen tiada masalah langsung untuk menahan nafasnya. Dia meneruskan lakonannya.

Melihat strateginya tidak berhasil, Momo menarik keluar kembali dua jarinya.
Harlen ternanti-nanti tindakan Momo seterusnya.

Kemudian tiba-tiba Harlen terasa sesuatu yang berat menghempap wajahnya berserta dengan semerbak bau mandian susu pada tubuh anaknya menusuk hidung.

Si kecil Momo dengan riangnya melabuhkan punggungnya ke wajah si ayah.

"Kyaaaa~"

Dia ketawa suka. Sudah lama dia hendak buat sebegini pada ayahnya namun tidak pernah berpeluang.

Harlen sekali lagi, "............"
Sungguh dari mana anaknya belajar semua ini?!!

Akhirnya Harlen tidak mampu bertahan lagi. Dua tangannya mencapai pinggang anaknya, dan Momo dijulang tinggi ke udara.

"Hey-"

Momo yang terkejut terus ketawa riang melihat dia berjaya mengacau tidur ayahnya.

"Papa~ amat..paiiii"
Papa, selamat pagi.

Harlen tergelak. "Selamat pagi, Momo."

Harlen menurunkan sedikit tubuh Momo, merapatkan wajah Momo rapat ke wajahnya.
"Papa nak cium Momo boleh?" Soalnya.

""Ummm.." Momo seolah-olah berfikir. "Bolehh.. Shini je." Dia menunjukkan pipi kirinya.

"Ohh? Kenapa pipi kiri je. Pipi kanan tak boleh?" Duga Harlen

"Shini papa.." Momo menunjukkan pipi kirinya. "Shini mama..." Momo menunjukkan pipi kanannya.
"Ohhhh~" Harlen terasa hendak membuat onar.

Sepantas kilat dia mengucup pipi kanan anaknya. "Hehe.. Sekarang dua-dua papa punya!"

"Umm.." Momo tidak memarahi ayahnya, sebaliknya dia berfikir jalan keluar yang baru. "Shini mama u-nya." Dia menunjuk dahi dan hidungnya.

Terus Harlen mencium kedua-duanya. "Tak~ papa punya jugak. Semua Momo papa punya!" Harlen mendakap tubuh kecil Momo erat-erat.

"Umm.. shian mama.." ujar Momo dengan nada sedih.

Harlen tergelak. "Macam ni lah, Momo dengan papa, kita dua-dua mama punya, ok?""

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now