Chapter 34: Pure Breed

633 81 26
                                    


"Ehhh.. Aki kenal Nan Hen ke?"

"....... Dia adik tiri aku."

Ehhhhh???!!!
Bukan main terkejut Momo dan Lao dibuatya.

'Memang clan phoenix semua dilahirkan dengan wajah tampan sempurna ke?' Lao terasa pahit. Dia melihat lelaki tampan tidak terkata dalam set pakaian mewahnya itu atas bawah.

'Urmm.. patutlah hensem. Adik Aki rupanya...' Momo pula dah terangguk-angguk puas hati.

"Henhen, apa kau buat kat sini?" Dahi Haraki berkerut. Dia cukup tahu anak emas kesayangan Lord clan Phoenix itu tidak pernah menjejakkan kaki jauh dari perkampungan clan Phoenix apatah lagi keluar dari hutan Albergerz.
Nan Hen yang terpaku berdiri melihat abang tirinya yang sudah hampir setahun tidak ditemuinya itu terus tersedar.

Dia kemudiannya tersenyum sinis.

"Kenapa? Kau takut ayah ada sekali dengan aku?" Gumamnya sinis.

Haraki diam sahaja tidak menjawab.

" Aki.. Lebih baik kau menyerah diri saja. Sementara aku tengah berlembut hati ni, lebih baik kau-"

"GULU~"
Ayat Nan Hen yang masih belum disempurnakannya dipintas terlebih dahulu oleh bunyi perutnya yang tidak mengenal mood yang sesuai untuk bersuara.

Yang lain, ".............."

"Ehemm.." Nan Hen berdehem seketika. "Aki, aku lapar, bagi aku makan."

Pfttt!
Lao tahan ketawa. Makhluk apakah yang tidak tahu malu ini?

"Aki, jom ajak Nan Hen datang rumah kita. Tadi Nan Hen yang selamatkan Momo waktu Momo kena serang dengan penyamun jalanan." Momo tanpa menunggu terus mendapatkan Haraki, menarik lengan baju lelaki itu, dan mendongak memandangnya dengan mata bersinar penuh harap.

Dengan wajah yang tak beriak apa, Haraki berpusing untuk berjalan pulang ke rumahnya.

"Ikut aku," Dia menjeling sekilas kepada Nan Hen.
Nan Hen dan Momo, dua-dua tersengih lebar mendengar balasan Haraki.

"Jom, Nan Hen!" Momo menarik tangan Nan Hen untuk menuruti langkah Haraki.

_________________

Nan Hen meneguk air liur beberapa kali melihat aneka makanan yang baru dihidangkan Haraki di atas meja.
Sebaik sahaja Haraki mengambil tempat duduknya di meja makan, Nan Hen dan Momo terus mula mencedok dan melahap makanan mereka.

""Hehaphha..Hahutakhauuhauhandaihahakk.." Ujar Nan Hen dengan mulut penuh berisi makanan.

Haraki mengeluh perlahan melihat adik tirinya itu. Budak ke apa...

"Hann!Hahi hehhanghandaihahakkk."" Kali Momo pula berkata dengan pipi gebunya yang kembang penuh dengan makanan.

".................."

"Makan dulu. Baru bercakap." Haraki akirnya hanya mampu tergeleng-geleng sambil mengelap tepi bibir Momo yang comot dengan makanan.

Selepas itu, Momo dan Nan Hen tidak lagi bersuara. Sebaliknya masing-masing fokus menjamu selera.

Tiba-tiba Lao teringat sesuatu. Dia tersenyum licik. "Momo," Panggilnya.
"Kau ada masak jugak kan tadi? Bagilah tetamu istimewa kita ni rasa." Lao sedaya upaya cuba mengawal senyuman kejinya.

Momo yang polos itu terus terhenti makan bila dia teringat juadah yang berjaya dihasilkannya pagi tadi. "Haah lah!"

Dia segera berlari-lari anak ke dapur sebelum kembali semula dengan sebuah mangkuk berisi sup warna gelap yang seolah-olah diselubungi aura hitam.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now