"Hah, tu dia lagi seorang calon aku." Ujar Marshall sebaik sahaja mereka berhenti di tepi lapangan itu. Dia menjuihkan mulutnya ke satu arah.Reimier melihat ke arah lapangan itu.
Kelihatannya lapangan itu cuma sedang digunakan oleh dua orang pemuda.
Dahi Reimier berkerut. Dia sangat kenal dengan pemuda yang ditunjukkan Marshall itu.
Pemuda tersebut adalah anak sulungnya, Yuratchka Elsword."Oh, Yuratchka."
Harlen turut kenal anak kepada rakan baiknya itu.
Mereka berdiri di tepi menyaksikan perlawanan Yuratchka dengan seorang lagi pemuda yang mereka tidak kenali di tengah-tengah lapangan itu.
"Siapa budak yang jadi lawan Yuratchka tu?" Harlen menjungkit keningnya penuh minat.
Seni pedang Yuratchka yang merupakan seni warisan turun temurun keluarga Elsword seperti biasa sangat kemas dan cantik. Teknik pedang yang mereka gunakan jauh lebih hebat berbanding teknik pedang yang digunakan oleh Heaven Peak, peak terkuat dalam sect Wielder.
Namun apa yang menariknya, budak lelaki yang menjadi lawan Yuratchka itu mampu menangkis serangan demi serangan Yuratchka dengan tangkas dan teratur. Langkahnya nampak sangat ringan, begitu juga dengan hayunan pedangnya yang kelihatan ringkas dan sambil lewa seperti mengipas angin.
Yuratchka jelas sekali berada di pihak yang hanya mampu bertahan memerima asakan budak lelaki itu.
"Aku pun tak tahu." Reimier turut tertarik melihat teknik pedang lawan anaknya itu.Akhirnya, perlawanan tersebut berakhir dengan dimenangi oleh budak lelaki yang menjadi lawan Yuratchka.
"Pap! Pap! Pap!" Bunyi tepukan tangan Marshall memeranjatkan dua budak lelaki yang dari tadi fokus berlawan itu.
"Hebat, hebat!" Puji Marshall.
"Great Wielder Marshall, Tuanku Harlen," Yuratchka melangkah mendapatkan mereka.
"Ayah.." Matanya jatuh pula pada Reimier.Budak lelaki yang berlawan dengan Yuratchka tadi turut berdiri di sisi Yuratchka, menunduk hormat kepada tiga individu bertaraf bukan biasa-biasa di hadapannya.
Namun wajahnya beku tidak berperasaan.
"Yuratchka, aku tengok teknik kau dah makin bagus." Harlen mengusap kepala Yuratchka yang baru berusia sepuluh tahun.
Tersenyum lebar Yuratchka mendengarnya.
"Terima kasih, Tuanku!" Ucapnya riang."Budak," Harlen berpaling pula pada budak lelaki di sebelah Yuratchka.
"Siapa nama kau?" Harlen menyoal lembut."Sighart, Tuanku." Jawab budak lelaki itu.
"Sighart," Harlen tersenyum menghunus keluar pedang yang tersisip di pinggangnya.
Semua yang ada terpempan dengan tindakannya."Mari, lawan dengan aku."
________
Seperti yang sudah dijangka, Harlen mengalahkan Sighart dalam masa tidak sampai seminit. Dan dia jelas sekali berlawan tanpa menggunakan soul forcenya dan memberikan keringanan kepada Sighart.
Harlen menyarung semula pedangnya ke dalam sarung.
Sighart pula sudah terbaring kepenatan dengan badan basah berpeluh dan nafas yang tercungap-cungap. Pada saat ini dia tidak larat langsung untuk menggerakkan kaki dan tangannya.
Harlen tunduk bertinggung di sisi Sighart. "Budak, buka mulut." Tuturnya.
Sighart refleks membuka mulutnya tanpa sempat berfikir.Sebiji pil dijatuhkan Harlen ke dalam mulutnya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasíaDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...