Chapter 117

450 60 3
                                    

Ice Village.

"Henhen, cepatlah!" Momo dengan tidak sabar menarik tangan Nan Hen  menuju ke tempat orang ramai berkumpul.

"Ya, ya." Nan Hen yang baru selesai membelikan Momo kudapan berupa kacang panggang menuruti saja langkah budak kecil itu apabila satu keriuhan berlaku di tempat tidak jauh dari lokasi mereka.

Dahi Nan Hen berkerut apabila matanya menangkap asap dan api marak yang boleh kelihatan dari tempat ramai orang sedang berkumpul itu.

Jelas sekali ada rumah kediaman orang kampung yang disambar api.

Kemudian bongkah ais tiba-tiba naik menjulang tinggi diikuti bunyi letupan demi letupan berhampiran api marak itu.

Nan Hen boleh melihat beberapa figura sedang saling berlawan.

Sebahagian menggunakan kuasa api, manakala sebahagian lagi menggunakan kuasa ais.

"Alahhh.. Tak nampak." Si kecil Momo yang tidak mampu melihat apa yang berlaku dek orang ramai yang mengelilingi kawasan pertarungan itu memuncung sambil berpeluk tubuh.

Nan Hen tersenyum. Dia terus mengangkat tubuh Momo dan diletak di atas bahunya.

"Woahhhh~" Momo menggumam teruja melihat perlawanan yang kini mampu disaksikannya dengan jelas dari atas bahu Nan Hen yang tinggi itu.

"Henhen, kacang! Kacang!" Momo tidak sabar menghulur tangannya kepada Nan Hen di bawahnya sambil matanya tidak lepas menyaksikan perlawanan antara empat Ice Kingsmen dengan tiga orang Flame Kingsmen yang menceroboh Ice Village itu.

Nan Hen cuma mampu tergeleng-geleng dengan senyuman saja melihat Momo yang bulat matanya menyaksikan pertarungan itu sambil pipi tembamnya rancak mengunyah kacang yang baru dibeli mereka tadi.

Bagai menyaksikan wayang di hadapan mata.

Melihat tiada Ice Kingsmen yang tercedera dari kebakaran yang berlaku di rumah kediaman mereka, Nan Hen membuat keputusan untuk menyaksikan dulu dari tepi.

"Flame kingsmen, kau serang kawasan kediaman kami?!  Kau berani terang-terang mencabar kuasa King kami?!"Salah seorang Ice Kingsmen yang bertarung berteriak.

Kawasan penempatan Ice Kingsmen begitu hambir dengan mahligai kediaman Ice King. Kerana itu Flame kingsmen yang dengan beraninya menceroboh dan menyerang kawasan tersebut sama seperti mereka sedang mencabar Ice King.

"Kau ingat aku tak tahu, Ice Kingsmen yang dah serang ladang aku dulu! Kau dan orang-orang kau dah cederakan kingsmen kami!" Balas salah seorang Flame Kingsmen marah.

"Ohh? Bukan itu yang kau selalu buat pada Ice Kingsmen? Bila benda tu jadi pada kau orang, kau tahu pula nak rasa marah?" Ice kingsmen yang sama yang sebelum ini pergi melapor kerosakan yang dibuat oleh Flame Tribe kepada Kai muncul bersuara.

Dia yang telah berpakat dengan beberapa orang Ice Kingsmen yang lain untuk pergi menyerang kawasan pertanian Flame Tribe untuk memberi mereka pengajaran.

Mereka sudah penat berdiam diri, membiarkan saja Flame Tribe memijak-mijak kepala mereka!

Flame kingsmen itu terus naik berang mendengar bicara lelaki itu.
"Tak guna, kau-"

"Apa kau nak di kawasan aku?"

Satu suara dingin datar menghentikan tempikan lelaki itu diikuti dengan suasana persekitaran mereka yang tiba-tiba turun suhunya beberapa darjah.

Nan Hen terus mendirikan barrier yang memisahkan dia dan Momo dari susana sejuk beku di luar.

"Ice King!" Flame kingsmen mengetap bibir kesejukan melihat kemunculan Kai. Mere segera menyalakan api di tangan bagi menghangatkan tubuh mereka.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now