"Uwaaaa!!!"Tangisan Sena yang ketika itu baru berusia lima tahun memenuhi taman bunga itu.
"Sena!" Sera segera mendapatkan adik kembarnya yang sedang terduduk di tanah sambil mengesat air mata.
"Kenapa ni? Sena jatuh ke?" Soalnya risau.Sena mengangguk dengan bahu terhingut-hingut menahan tangis. "Sakit.. luka.." Dia menunjukkan pada lutut kanannya yang luka dan sedikit berdarah. Seluar panjang yang dipakainya turut terkoyak.
"Lain kali hati-hati." Tegur Sera lembut sambil mengusap kepala adiknya itu.
"Uwaaa!!" Tangisan Sena masih tidak berhenti.
Sera ralit memikirkan cara untuk memujuk kembarnya itu.
"Sena, tengok ni." Panggilnya. Sena mengangkat wajah."Cast." Sera menyatukan kedua-dua tapak tangannya. Cincin Caster Ring yang menyala di bawah
kakinya memantulkan cahaya ke wajah manis Sera."Enchant."
Selesai dia melafazkan spell tersebut, berpuluh-puluh rama-rama pelbagai warna yang ada di taman bunga itu terbang ke arah Sera, bagaikan mengejar madu. Rama-rama tersebut menari-nari mengelilingi Sera dan Sera.
Menyajikan pemandangan yang sangat indah."Wahhh.." Mata Sena bersinar kagum. Budak lelaki itu terus terlupa kesakitan di lututnya.
"Wahh, hebatnya Sera! Ajarlah Sena jugak!!" Pintanya teruja.
"Umm! Tapi kita balik dulu ya. Kita bubuh ubat kat kaki Sena ni dulu. Nanti Sera ajar Sena spellnya." Tutur Sera.
"Okay!!" Sena dengan polosnya terus bersetuju.
Sera duduk bertinggung membelakangkan Sena dengan posisi bersedia untuk memikul Sena di bahunya. "Naik."
Sena dengan manja terus memeluk leher Sera dari belakang, membiarkan Sera mengangkat tubuhnya."Uish, berat jugak Sena ni. Nanti kalau Sera sakit, Sena pulak yang kena angkat Sera tau." Guraunya.
"Hahaha. Okayy~"
________________
Sera sedang berjalan sendirian di taman istana. Pada waktu ini, taman istana yang luas itu sperti biasa akan kosong tidak berorang.
Tiba-tiba derianya cekap mengesan kehadiran seseorang yang sedang mengintipnya.
Sera laju berpaling apabila sebilah pisau kecil melayang betul-betul ke arahnya. Dengan cekap, dia laju mengeluarkan senjata dari weapon seal di tapak tangannya. Daggernya terus menangkis pisau kecil tersebut sehingga pisau itu terpelanting memacak tanah berhampiran kakinya.
"Siapa tu?!" Siapa yang berani menyerangnya di halaman istana Emperor?
Dari sebalik pokok muncul satu susuk berkelubung putih. Wajah individu tersebut turut tersembunyi di sebalik topeng hitam yang dipakainya.
Tanpa berkata apa, susuk berkelubung itu mengaktifkan soul forcenya.
Pisau kecil yang terpacak tidak jauh dari Sera itu tiba-tiba bercahaya dan satu garis bulatan bercahaya mengelilingi Sera dan pisau tersebut.Mata Sera membesar bila tubuhnya tiba-tiba kaku tidak boleh bergerak langsung.
Pisau itu bukan pisau biasa!Apabila diaktifkan, pisau tersebut boleh menghasilkan efek paralisis terhadap apa-apa objek yang berada dalam domain dua meter darinya.
"Kau siapa?!" Sekali lagi Sera menyoal.
Susuk berkelubung itu masih tidak berkata apa, namun dia mengaktifkan langkah seterusnya pula.
Dia mengeluarkan sekeping jade teleportasi dari kelubungnya.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...