Chapter 73

595 86 9
                                    


Mata Momo bersinar-sinar teruja mendengar cerita kehebatan Harlen.

Ayahnya memang hebat dan genius sekali!

Hati Momo kembang dengan perasaan bangga. Dia jadi makin bersemangat untuk belajar menjadi Refiner dan menjadi sehebat ayahnya.

"Aku tahu, biar aku bawa kalian bersiar-siar di sini dan terangkan sedikit sebanyak tentang kota ini dan sect Refiner." Cadang Hanom.

"Okay!" Momo terus mengangguk laju bersetuju.

Nan Hen kembali menyarungkan pakaian perempuannya ke tubuh. Namun gaya rambut ekor kuda tingginya masih dibiarkan sama.

"Pakai ni," Haraki menyepitkan kembali sepit rambut Momo ke rambut Nan Hen.

Wajah Nan Hen terlalu maskulin bila dia mengikat rambutnya sebegitu.

Dahi Nan hen berkerut namun dia tidak mengelak.

Hanom melihat dari tepi dengan perasaan bercampur baur.

Kenapa dia rasa mereka berdua ini betul-betul memberikannya imej sepasang suami isteri?

Petang itu, Hanom berkhidmat sebagai pembantu pelancong, membawa Haraki, Nan Hen dan Momo meronda Cansha Valley.

"Kak Hanom, itu apa?" Momo menunding kepada sebuah rumah kaca besar tidak jauh dari mereka. Berdekatan dengan rumah Hanom juga ada bangunan kaca yang sama.

Momo tidak dapat menahan kekagumannya melihat rumah kaca yang sangat besar dan tinggi itu.

"Itu kami panggil sebagai Cube. Dalam tu ada tumbuhan-tumbuhan yang kami sect Refiner tanam dan besarkan.

Kalau sect Wielder terdiri daripada beberapa buah peak, kami pula dibahagikan kepada beberapa buah Cube. Bangunan Cube ini, kesemuanya ada sepuluh buah di kota ini. Setiap Cube dimiliki oleh seorang pakar Refiner yang kami panggil sebagai sifu. Dan ahli-ahli refiner biasa akan direkrut ataupun memohon untuk masuk ke mana-mana Cube yang mereka mahu. Akak dari Cube 2. Yang Momo tunjuk tu Cube 5." Terang Hanom.

"Tapi nombor Cube tu tak ada kena mengena dengan kedudukan atau kehebatan Cube pun." Tambah Hanom. Momo terangguk-angguk mendengar. "Ayah Momo dulu Cube berapa?" Soalnya ingin tahu.

"Emperor Harlen? Haha." Hanom ketawa kecil. "Emperor Harlen dari Cansha Hall."

"Cansha Hall tu apa?" Soal Momo polos.

Hanom tersenyum. "Cansha Hall tu rumah kaca milik sect Master. Emperor Harlen merupakan satu-satunya insan yang berjaya menjadi anak murid sect Master." Ujar gadis itu.

"Oh, sect Master korang memang tak ambil anak murid?" Celah Haraki.

Hanom menggeleng. "Memang tradisi sect Master kami untuk tak ambil anak murid."

"Kalau korang perasan ada ramai penduduk di sini ada jade macam ni di pinggang." Hanom menunjukkan jade warna hijau terang yang tergantung di pinggangnya. "Semua ahli sect Refiner ada jade sebegini." "Pakaian rasmi kami pula macam ni." Hanom menunjukkan robe warna hijau lembut yang tersarung di tubuhnya. "Untuk setiap Cube, corak sulaman pada robe kami berbeza. Kalau Cube 2, robe kami ada corak sulaman bunga Calla Lilies."

"Selain daripada jade aku ni, ada juga jade hijau gelap yang dimiliki oleh Sifu-sifu Refiner." Tambah Hanom.

"Kalau jade warna hijau turqoise?" Soal Nan Hen. Jade itu yang tergantung di pinggang Chuya tadi.

"Oh jade turqoise dipakai oleh Cansha Guard atau kami di sini gelar mereka sebagai kapten. Cansha Guard berkhidmat di bawah sect Master untuk menjaga keamanan di sini. Mereka berfungsi seperti Imperial Knight di Cansha Valley. Ahli Cansha Guard cuma ada tiga orang. Kapten Chuya, Kapten Raden dan Kapten Daewi.

Rise of The EmperorWhere stories live. Discover now