Momo memerhati kawasan sekelilingnya. Dia yang sedang duduk di atas sebuah bonggol batu besar kini sedang berada di sebuah bilik berlantaikan tanah yang sangat luas dan dipagari oleh pokok-pokok buluh yang tumbuh tinggi melangit. Di lantai tanah bilik itu pula penuh dengan tulang belulang dan tengkorak, menyelinapkan rasa tidak enak kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.Tadi, sewaktu sedang berjalan di belakang Lao, dia tiba-tiba disambar oleh seekor wind ghoul dan dibawa lari oleh jembalang tersebut. Namun Momo, budak itu, sudah terlalu biasa dengan perkara-perkara luar biasa sehinggakan dia tidak menjerit langsung sewaktu disambar makhluk tersebut. Sebaliknya, dia dengan teruja menikmati ‘penerbangan’ percuma itu sambil mulut enak mengunyah pau di tangannya sehinggalah wind ghoul tersebut dengan mudah membawanya ke sebuah mahligai buluh yang sangat besar dan kini, dia ditinggalkan di bilik ini bersendirian.
Tiba-tiba kedengaran bunyi deraman yang mengecutkan perut dari satu lorong gelap di hujung bilik itu. Semakin lama bunyi itu semakin kuat sehinggalah akhirnya keluar dari lorong gelap itu seekor beast berupa seekeor harimau putih berbelang hitam dengan sepasang kepak besar dan ekor yang sangat panjang. Pada kepalanya terdapat sepasang tanduk besar yang panjang melengkung. Saiz badan beast itu sangat besar, lebih besar daripada Lao. Jika diukur dengan Momo, Momo yang kecil itu cuma separas kakinya sahaja.
Beast bengis tersebut merapati Momo. Dia merenung Momo tajam dengan sepasang mata putih bercahayanya, meneliti ‘santapan kecil’ yang duduk senyap terkebil-kebil merenungnya itu.
Beast itu adalah penguasa di hutan Lumenfantrine, makhluk yang paling ditakuti semua haiwan mahupun beast di hutan ini. Setiap hari, wind ghoul yang berkerja untuknya akan membawakannya hidangan binatang buruan. Dan sekali-sekala, dia bernasib baik dapat merasa daging manusia-manusia yang tersesat memasuki hutan miliknya ini.
Seperti budak di hadapan matanya ini.
Setelah meneliti Momo, beast tersebut membuka mulutnya, menyeringai menampakkan sepasang gigi taringnya yang tajam.
“Hai. Boleh tahu awak bawa Momo ke mana ni? Momo kena balik jumpa Lao dan Aki kalau tak nanti Aki marah.” Baru sahaja beast tersebut hendak membaham kepala Momo, tiba-tiba Momo menyoal polos, tidak sedar pun yang beberapa saat yang lalu kepalanya hampir sahaja bakal terputus dari badannya.
Beast tersebut cuma mengaum kuat dengan satu ngauman yang mengecutkan perut.
Momo yang tidak faham bahasa beast itu mengerutkan dahinya. “Nama awak siapa? Nama Momo, Momo.” Melihat beast tersebut tidak menjawab soalannya, Momo menyoal benda lain pula.
“Ghawrrr!!!” Terjah beast itu.
“Ghaw? Peliknya nama.” Komen Momo sambil mengurut dagunya.
“…………”
Beast itu terdiam dibuatnya. Masalah komunikasi betul!
Malas hendak melayan Momo, sekali lagi beast itu membuka mulutnya luas, hendak membaham Momo.
Kali ini, niatnya terbantut apabila Momo bersuara lagi, “Momo ada pau. Nak sikit? Sedap tau!” Momo menghulurkan sebiji pau dari karung makanan yang dipeluknya kepada beast itu.
Terhenti pergerakan beast itu. Dia memerhati benda putih bulat di tangan kecil Momo itu penuh minat. Setelah ralit menelitinya, dia menyambut pau itu dari tangan Momo dengan mulutnya sebelum pau itu selamat dijamahnya masuk ke dalam perut.
Sedapnya! Ini kali pertama dia merasa makanan sesedap itu! Beast itu megaum teruja.
Bagaikan faham, Momo tersenyum lebar sambil terangguk-angguk berkata, “Sedap kan? Momo dah cakap!” Dia berkata bangga.
YOU ARE READING
Rise of The Emperor
FantasyDi sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri denga...